• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Nilai Sendiri Pencapaian Saya Di Senadin”

oleh Ahmad Albab
26/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Wakil rakyat Senadin sejak 1996, Datuk Datuk Lee Kim Shin berkata kemajuan pesat melalui pewujudan tiga bandar satelit dan kewujudan lebih banyak peluang kerja adalah bukti nyata pencapaiannya di kawasan itu.

Sungguhpun sebahagian besar kawasan itu dahulunya diliputi hutan, kini tiga bandar satelit iaitu Desa Senadin, Permyjaya dan Mosjaya, telah dapat dibangunkan lengkap dengan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk masyarakat setempat.

Lee berpuas hati dengan kejayaan itu dan berazam untuk meneruskan usaha memajukan kawasan itu termasuk mewujudkan lebih banyak peluang kerja kepada masyarakat setempat.

“Kompleks beli belah Permyjaya contohnya, ada kira-kira 1,000 pekerjaan, ini yang penting, bukan sekadar membuat kritikan dan kenyataan yang bukan-bukan terhadap pihak lain,” katanya semasa melancarkan kad laporan pencapaiannya dan surat rayuan kepada pengundi bagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Pada PRN kali ini, Lee akan ditentang calon DAP, Dr Bob Baru Langub dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS) Baru, Philemon John Edan.

Lee, yang juga Menteri Muda Pembangunan Sarawak, berkata dalam kad laporan pencapaiannya ada 101 pembangunan dan penambahbaikan yang telah dibawanya bagi kawasan itu.

Antara lain, mewujudkan sebuah universiti, tiga buah kolej kemahiran tinggi, sebuah sekolah antarabangsa, lebih 30,000 unit rumah baharu, litar go-kart bertaraf antarabangsa dan tiga buah kompleks beli belah.

Selain menggariskan pencapaiannya, Lee berkata surat rayuannya kepada pengundi turut merumuskan matlamat rancangannya untuk lima tahun akan datang.

Ia termasuk menaik taraf Hospital Miri menjadi Hospital Wilayah Utara Sarawak, membina sebuah lagi sekolah menengah dan sekolah rendah di kawasan Permyjaya selain menyediakan lebih banyak rumah kos rendah.

Bagi Lee, kempen pada PRN kali ini tidak menjadi masalah kerana beliau sudah biasa dengan pelbagai program di kawasan itu sejak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu sejak sekian lama.

Setiap hari sejak jadi ADUN, terutama pada hari minggu kadang-kadang saya ada sehingga 12 program. Saya akan keluar rumah dari pukul 5 pagi dan balik pukul 12 tengah malam, katanya.

Laporan pencapaian dan surat rayuan Lee yang dicetak dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Iban itu akan diedar kepada orang ramai di setiap program kempennya.- BERNAMA

Tags: PRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Najib Janji Terus Bekerjasama Dengan Adenan Majukan Sarawak

Next Post

Malaysia Mampu Capai Status Negara Maju Sepenuhnya Menjelang 2020

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

Malaysia Mampu Capai Status Negara Maju Sepenuhnya Menjelang 2020

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd