• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketumbuhan Seberat 15kg Berjaya Dibuang Selepas 10 Tahun

oleh Ahmad Albab
26/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS hampir sedekad membawa perutnya yang membesar akibat ketumbuhan sehingga kelihatan seperti perut wanita mengandung, seorang lelaki akhirnya berjaya membuang ketumbuhan seberat 15 kilogram itu.

Lelaki berusia 33 tahun dan berasal dari China itu terpaksa mengalami penderitaan itu selama 10 tahun kerana faktor kemiskinan.

“Disebabkan keluarga kami miskin, abang saya terlepas beberapa peluang untuk merawat penyakitnya itu.

“Kami telah melawat beberapa hospital dan doktor menyatakan sukar membuang ketumbuhan itu dan kami kemudiannya diminta pulang,” kata kakak lelaki berkenaan.

Lelaki tersebut yang tidak didedahkan identitinya itu pernah mendapatkan rawatan di hospital pada 2004 apabila perutnya berasa tidak selesa dan pada 2006, pihak hospital berjaya mengesan ketumbuhan berkenaan.

Namun apabila ketumbuhan itu semakin membesar dan mula menekan organ dalamannya, doktor enggan membedahnya kerana ia bersiko tinggi.

Keadaan itu menyebabkan lelaki berkenaan beralih kepada rawatan tradisional, hinggalah baru-baru ini keluarganya telah mengumpulkan wang bagi membolehkan dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital tentera di Chengdu.

Di hospital berkenaan, Dr. Dai Ruiwu sanggup mengambil risiko dengan melakukan pembedahan selama enam jam dan terpaksa mendapatkan bantuan pakar-pakar dari tiga jabatan klinikal hospital terbabit.

Lelaki itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi untuk pemantauan. – Mynewshub.cc

Tags: ketumbuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ainul Mardhiah Akhirnya Pulang Ke Rumah

09/09/2019
0

MELAKA - Selepas empat bulan mendapatkan rawatan sehingga ke London, England bagi membuang ketumbuhan dalam mulutnya, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin...

Ainul Mardhiah Sambut Ulang Tahun Kelahiran Pertama

13/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Bayi yang mencuri tumpuan ramai, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menyambut ulang tahun kelahiran pertama hari ini selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd