• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazmi Faiz Perlu Bijak Kawal Emosi

oleh Ahmad Albab
24/04/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pemain tengah berbakat besar dari pasukan Selangor, Muhammad Nazmi Faiz Mansor perlu bijak mengawal emosi ketika berada di atas padang bagi mengelakkan dirinya ditimpa masalah seperti mendapat kad merah.

Ketua Jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan berkata pemain berusia 21 tahun itu perlu tahu kegagalan beliau mengawal emosi akan memberi tekanan kepada pasukan.

“Bagi saya Nazmi perlu bijak kawal diri dan tidak buat pasukan tertekan, dia perlu tahu kad merah membebankan pasukan, amat penting dia tahu dan saya minta
ini kali terakhir (dapat kad merah), beliau perlu lebih disiplinkan diri dalam padang,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau ditemui selepas perlawanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menentang Selangor di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini yang berkesudahan seri 0-0.

Muhammad Nazmi Faiz dilayangkan kad merah pada minit ke-70 kerana mengasari pemain import PDRM Andre Francisco Williams.

Kad merah dan insiden gagal mengawal emosi bukan asing buat Muhammad Nazmi Faiz kerana beliau pernah digantung enam perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas meludah pemain Kelantan Edwin Carillo pada perlawanan Liga Super Ogos tahun lepas dan dilayangkan kad merah pada perlawanan itu.

Beliau juga pernah digantung enam perlawanan oleh Jawatankuasa Disiplin AFC kerana meludah pemain Timor-Leste Filipe Oliveira ketika mewakili skuad bawah 23 tahun negara di Sukan SEA Jun tahun lepas yang menyebabkan beliau dilayangkan kad merah dalam insiden itu.

Mengulas mengenai perlawanan malam tadi, Zainal Abidin berkata Selangor melepaskan mata berharga kerana mampu menguasai permainan dan memperoleh banyak peluang sebelum Muhammad Nazmi Faiz dibuang padang.

“Apabila bermain 10 orang kita terpaksa bertahan, alhamdullilah kita dapat mengekang pemain PDRM, seri ketika bermain 10 orang bagi saya keputusan adil tetapi bagi saya ketika bermain 11 orang kita gagal menyempurnakan peluang.

“Saya hampa sedikit, peningkatan saya lihat daripada pertahanan kita tidak bolos dalam dua perlawanan tetapi bila kita tidak jaringkan gol kita tidak menang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nazmi Faiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nazmi Positif Latihan Sebelah Malam Di Bulan Ramadan

18/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhamad Nazmi Faiz Mansor tidak menganggap sesi latihan pada sebelah malam...

Nazmi Didenda RM3,000, Gantung Satu Perlawanan

27/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Nazmi Faiz Mansor digantung satu perlawanan dan didenda RM3,000 berikutan kekasaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd