• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi 4 Bulan Mati Dalam Pesawat Cathay Pacific

oleh AK-47
20/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG bayi berusi 4 bulan telah disahkan meninggal dunia di dalam sebuah penerbangan pesawat milik Cathay Pacific semasa dalam perjalanan daripada London ke Hong Kong.

Penerbangan CX256, yang berlepas daripada Lapangan Terbang Heathrow pada Ahad lalu, telah melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Almaty selepas ibu bapanya perasan bayi tersebut tidak sedarkan diri, lalu menekan loceng kecemasan.

Menurut laporan laman sesawang China, Apple Daily, bayi tersebut, Jasmine, diisytiharkan meninggal dunia di lapangan terbang Almaty, meskipun telah menerima rawatan segera.

Salah seorang penumpang pesawat terbabit yang merupakan seorang jururawat, telah berusaha untuk memberi bantuan kecemasan kepada Jasmine semasa penerbangan tersebut, lapor EJ Insights.

Jasmine mungkin mengalami gangguan gastrousus sebelum menaiki pesawat itu. Bagaimanapun, pihak koroner masih belum dapat mengesahkan punca sebenar kematian bayi tersebut.

Ini juga menarik: Pelajar Mati Dalam Pesawat Selepas Gigit Penumpang Lain

Sementara itu, jurucakap Cathay Pacific memberitahu akhbar Huffington Post UK bahawa ibu bapa kanak-kanak itu meneruskan penerbangan mereka ke Hong Kong bersama jenazah anak perempuan mereka.

“Ini adalah satu insiden yang amat menyedihkan, takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga mendiang.”

Dua tahun lalu, seorang bayi meninggal dunia selepas dilahirkan tidak cukup bulan di dalam pesawat Cathay Pacific daripada Hong Kong ke New York.

Ibu kepada bayi tersebut berada di dalam trimester kedua kehamilan ketika dia diberi kebenaran untuk menaiki penerbangan itu, tulis akhbar South China Morning Post.

Penerbangan tersebut kemudiannya dialihkan ke Jepun di mana kedua-dua ibu dan bayinya digegaskan ke hospital, namun bayi tersebut gagal diselamatkan. - MYNEWSHUB.CC

Tags: bayikapal terbangkematian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd