PROGRAM realiti Gempak Superstar yang menampilkan barisan artis-artis tempatan berentap di dalam bidang nyanyian hangat diperkatakan akhir-akhir ini.
Ada sahaja cerita yang berlaku sepanjang 2 minggu program itu berlangsung. Kisah-kisah suka duka artis yang masih lagi bertempur atau sudah tersingkir dari program realiti itu.
Aktres Izreen Azminda, 31; antara artis yang masih lagi berjaya kekal di dalam program tersebut dengan beberapa lagi artis lain.
Izreen yang ditemu bual oleh sebuah akhbar menyatakan akan buat yang terbaik sama ada dari segi lakonan mahupun nyanyian. Dia tidak mahu kelihatan seperti badut di atas pentas dan tidak mahu bersikap sambil lewa dalam setiap tugasan yang diberi.
“Saya tidak mahu kelihatan bodoh di pentas. Itu saja saya nak elakkan. Pada masa sama, saya tidak mahu bersikap tangkap muat dalam setiap persembahan.
“Kalau boleh saya nak penonton terhibur dengan persembahan saya. Bukannya ditertawakan atau jadi bahan ejeken,†katanya.
Tambah ibu tunggal itu kepada sumber tersebut, dia yang mempunyai darah gemuruh cuba untuk mengekang perasaan itu dari terus mempengaruhi setiap persembahannya, malah menyerahkan seratus peratus undian kepada penonton.
“Saya sebenarnya ada darah gemuruh. Namun, apabila menyertai program ini saya cuba buang perasaan itu dengan membiasakan diri di pentas.
“Terpulang kepada peminat nak undi atau tidak. Saya tidak mahu mengharapkan apa-apa atau terlalu yakin nak menang. Apa yang diberikan saya cuba lakukan dengan sehabis baik.
“Saya juga tidak pernah melobi supaya diundi. Kalau mereka rasa nak undi, saya alu-alukan dan saya cukup berterima kasih. Sebab saya tak ada duit untuk bayar mereka,†katanya.
Menurut sumber itu lagi, Izreen dikatakan telah menolak beberapa tawan berlakon kerana ingin fokus kepada program realiti itu memandangkan nyanyian adalah bukan bidangnya dan banyak yang perlu dia pelajari.
“Saya bukannya penyanyi profesional yang boleh lakukan banyak perkara dalam satu masa, namun suara tetap ‘maintain’.
“Saya pelakon yang baru nak belajar menyanyi, jadi tidak ada sebab untuk saya bersikap sambil lewa apatah lagi program ini berbentuk pertandingan. Saya kurang dari segi teknikal. Kalau persembahan teruk penonton mesti kritik.
“Disebabkan itu, sepanjang program ini saya terpaksa tolak tawaran berlakon drama. Cuma saya beritahu mereka sekiranya saya tersingkir, jangan pula tak panggil saya berlakon,†jelas pelakon ini lagi.
Demi mengasah bakat nyanyiannya, Izreen turut mendapatkan nasihat daripada Datuk Ramli MS dan rakan artis yang lain berkenaan dengan vokal dan tip-tip lain. – MYNEWSHUB.CC