• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN Perlu Bersatu Dalam Membanteras Sekutu Daesh

oleh Ahmad Albab
19/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyeru negara anggota ASEAN supaya bertindak secara seiringan bagi menghapuskan kumpulan pengganas yang menjadi sekutu Daesh di wilayah selatan Filipina dan Thailand.

Beliau berkata perkara itu tidak boleh dipandang ringan dan negara anggota ASEAN perlu sentiasa berwaspada dalam menangani kemunculan semakin banyak kumpulan pengganas, yang sekali gus mewujudkan titik panas dan kawasan berbahaya di rantau ini.

Menurut beliau, terdapat bukti bahawa batalion pengganas di selatan Filipina bergabung dengan kumpulan militan Daesh di bawah pimpinan Al Baghdadi.

“Kemunculan begitu banyak organisasi pengganas di rantau ini mewujudkan ‘titik panas’ dan ‘titik pergolakan’, terutama di selatan Filipina dan di selatan Thailand,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian pada Forum Putrajaya 2016 bertemakan ‘Kerjasama Serantau Dalam Menangani Cabaran Keselamatan’ di Sunway Putra Hotel di sini hari ini.

Beliau berkata berita itu membimbangkan Malaysia, terutama memandangkan sebelum ini, Sabah menjadi sasaran serangan kumpulan militan dari selatan Filipina.

“Mimpi liar Nur Misuari untuk menubuhkan ‘pemerintahan khalifah’ di Laut Sulu bermakna kini, kita tidak boleh langsung mengalih pandangan daripada kawasan itu,” katanya.

Hishammuddin juga menegaskan bahawa ASEAN tidak sepatutnya melupai hakikat bahawa keganasan tidak mengenal bangsa dan agama.

“Malah, tindakan Daesh terus menjadikan Ummah sebagai mangsanya secara global dalam erti kata bahawa perbuatan buruk mereka menimbulkan ketakutan dan syak wasangka dalam kalangan masyarakat beragama di seluruh dunia,” kata beliau.

Mengenai pertikaian Laut China Selatan, Hishammuddin berkata beliau percaya ia perlu diselesaikan secara aman melalui diplomasi, terutama melalui platform pelbagai hala seperti ASEAN, dan dengan menghormati semua pihak terlibat.

“Malaysia ingin bekerjasama dengan jiran kami seperti Filipina, Vietnam dan Brunei bagi mencari jalan untuk terus mara dalam isu ini,” katanya.

Forum itu dianjurkan bersempena Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016.

DSA, pameran pertahanan terbesar di Asia, menghimpunkan penggiat industri dari 60 negara dan pelawat perdagangan dari 77 negara. – BERNAMA

Tags: DaeshHishammuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd