• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Aksi ‘Superman’ Minah Rempit Ipoh Terima Kecaman

oleh AK-47
19/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN video aksi seorang wanita dipercayai berusia 20-an yang melakukan lagak berbahaya dengan motosikalnya tersebar di media sosial.

Menerusi akaun Facebook, Angah Ayu, lagak berani yang dimuat naik sendiri oleh pelaku di dalam visual itu sehingga kini mendapat pelbagai kritikan dan telah dikongsi melebihi 5,000 pelayar alam maya.

Netizen menganggap aktiviti itu tidak kena dengan gadis bertudung dan boleh memalukan agama Islam. Sehingga ada sesetengah netizen yang memberikan komen terlampau yang mendakwa perempuan itu bohsia dan GRO.

Berang dengan dakwaan dan cemuhan segelintir netizen, dia tampil menjawab dan memberikan penjelasan.

angah ayu1

“Bukan nak bangga pun. Yang kena viral, aku, muka aku. Aku yang malu, bukan korang pun. Yang bertudung tu nak lebih-lebih apa hal? Kehebatan kau sebenarnya di sebalik tudung itu.

“Yang mana nak sekolahkan aku itu, boleh sangat-sangat mari depan-depan. Ipoh tempat aku duduk. Kalau jadi family keluarga korang baru ada akal. Mak bapa aku pun tak pernah halang apa aku buat sebab mak bapa aku tahu aku macam mana.

“Jangan sesuka hati kata aku GRO, bapa aku tak reti jaga anak. Kalau diorang tak reti jaga aku, baik diorang picit hidung aku waktu kecil dulu sampai mati. Tak payah korang nak cakap kecil-kecil tak nak mampus dah besar menyusahkan orang.

awek rempit4

“Aku tahu apa yang aku buat. Aku tak susahkan mak bapa aku sebab aku dah pun hidup berdikari, berpijak di bumi yang nyata, berani kerana benar. Jangan ingat aku pakai baju tak cukup kain, tak ingat hukum hakam agama. Yang suka menilai orang dari luaran itu lagi teruk dan hina tahu?

“Melayu jangan nak banggakan orang luar saja. Support anak Melayu untuk terus harumkan nama negeri kita. Bukannya nak kondem orang sana sini, cara kau tak betul nak cakap orang. Bila tengok gadis luar masuk track, korang tak kondem pula. Bila aku nak masuk track, pergh! Mulalah mengata anak Melayu bodohlah, apalah.

“Habis tu, kau apa? Bangla ke? Jangan jadi bingai serupa babi baby baru nak belajar bercakap. Kira bertuah aku tak mention nama kau. Panjang aku typing ini, harap buka mata orang yang kondem bangsa sendiri. Jadi manusia biar tengok diri sendiri dulu. Jangan nak tengok kain orang, hakikatnya kain sendiri terkoyak,” katanya.

Apa pun alasan yang diberikan wanita berkenaan, aksi berbahaya seperti ini bukan sahaja telah melanggar peraturan jalan raya, malah turut menjatuhkan imej sopan santun seorang wanita muslim.

Biarpun berbakat, ianya tidak menghalalkan aktiviti berbahaya itu yang jelas boleh menyebabkan kehilangan nyawa serta mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya yang lain. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ipohmasalah moralMat RempitWanita
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd