ROZITA Che Wan sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila memuat naik sekeping gambarnya memakai seluar jeans yang terkoyak di bahagian lutut dan paha baru-baru ini.
Gambar itu kemudian mendapat lebih dari 600 komen dan rata-rata dilihat mengkritik dan mempertikai cara pemakaiannya yang dikatakan tidak bersesuaian dengan imej wanita muslimah yang bertudung.
Ada segelintir yang memberikan komen pedas terhadapnya dan ada juga yang berharap agar Che Ta memadamkan gambar tersebut.
Selepas menerima hentaman dari pengikut Instagramnya, Che Ta juga mengambil inisiatif untuk membalas komen tersebut.
Malah menjelaskan perkara sebenar bahawa dia tidak mendedahkan kulitnya dan ia ditutup menggunakan lining (legging).
Walau bagaimanapun, selepas Che Ta menjelaskan perkara tersebut, masih ada pihak yang merasakan seluar itu tidak sesuai dipakai olehnya kerana boleh mengundang fitnah. – MYNEWSHUB.CC