• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Diharap Mansuh sepenuhnya Ruangan Kaum

oleh Ahmad Albab
18/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Langkah Kerajaan Pusat untuk menggugurkan penggunaan istilah ‘lain-lain kaum’ bagi merujuk kaum Bumiputera Sarawak dalam semua borang rasmi adalah “langkah ke arah yang betul,” kata bekas Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Perpaduan Negara, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata kewujudan ruangan lain-lain kaum dalam borang rasmi tidak selari dengan kepentingan perpaduan dan integrasi nasional.

“NUCC sebelum ini telah membincangkan mengenainya dan telah membuat cadangan ini kerana ia adalah sangat memecah-belah dan bukan untuk kepentingan perpaduan,” katanya ketika dihubungi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu lalu mengumumkan bahawa pemansuhan ruangan ‘lain-lain kaum’ daripada semua dokumen dan borang rasmi kerajaan akan berkuat kuasa serta-merta.

Selain itu Lee juga mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan sepenuhnya ruangan kaum ke arah mempromosikan perpaduan negara.

“Saya berharap akhirnya kita semua akan menjadi satu bangsa – Bangsa Malaysia. Jadi tidak ada keperluan untuk pengenalan kaum dalam borang rasmi kerajaan.

“Sudah tentu saya faham bahawa cadangan ini perlu diteliti dan dikaji,” katanya. – mStar Online

Tags: KaumKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

04/12/2025
0

Kuala Lumpur: Bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses kandungan dalam talian, kerajaan dalam proses mengawal selia platform untuk menyekat pengguna bawah...

Kerajaan Perluas Manfaat BUDI95 Kepada Lebih 31,000 Penerima Baharu

Kerajaan Perluas Manfaat BUDI95 Kepada Lebih 31,000 Penerima Baharu

07/10/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan kelayakan menikmati sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kini diperluaskan kepada tiga kelompok baharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd