• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Sedia Bantu Pasukan Keselamatan Indonesia Berhubung Kes Culik

oleh Ahmad Albab
17/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia membantu pasukan keselamatan Indonesia untuk tindakan susulan berhubung kes penculikan empat kru kapal warga Indonesia di perairan selatan Filipina, berhampiran perairan Malaysia, Jumaat lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata sehubungan itu PDRM dan pasukan keselamatan Indonesia perlu bekerjasama bagi mencari kaedah bagi penyelarasan tindakan itu.

“Kita (PDRM) akan berusaha membantu untuk melaksanakan apa sahaja tindakan selanjutnya dengan pihak yang terlibat termasuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengenai kes culik berkenaan,” katanya.

Abdul Rashid berkata demikian kepada pemberita selepas melawat seorang kru kapal itu yang cedera dalam kejadian culik itu di Hospital Besar Tawau di sini, hari ini.

Beliau berkata lima lagi kru kapal yang terselamat dalam insiden itu kini berada di Lahad Datu.

“Kesemua mereka (mangsa) telah memberikan kerjasama sepenuhnya ketika diambil keterangan oleh pihak polis berkaitan kes penculikan tersebut,” katanya sambil menambah kesemua mangsa yang selamat itu berumur di antara 20 dan 40 tahun.

Abdul Rashid berkata penjenayah rentas sempadan kini dilihat telah menukar taktik dengan menyasarkan kapal-kapal tunda yang bergerak perlahan dan mudah dihampiri atau dipintas.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang Jumaat lepas, empat daripada 10 kru kapal warga Indonesia diculik oleh kumpulan bersenjata yang memintas kapal tunda mereka, ketika dalam perjalanan dari Filipina ke Indonesia.

Sejurus selepas kejadian yang berlaku di perairan antarabangsa itu, enam kru kapal yang terselamat dipercayai bertindak memasuki perairan negara sebelum diselamatkan oleh pasukan keselamatan Malaysia. – BERNAMA

Tags: kes culikPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd