• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Henti Sebar Kisah Tak Benar Mengenai Keluarga Saya”

oleh AK-47
17/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“HENTI sebarkan kisah tidak benar mengenai keluarga saya,” itu permintaan daripada waris seorang wanita yang meninggal dunia selepas lapan hari melahirkan anak kembar.

Adik kepada arwah, Abdul Razak Nordin, 44, berkata, keluarga kakaknya tidaklah sedaif seperti yang diviralkan, malah telah pun mendapat bantuan daripada pihak berwajib seperti Baitumal, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pemimpin tempatan.

Menurut Razak, pihak keluarga juga masih mampu menyelesaikan segala urusan secara sendiri dan cerita kononnya elektrik serta bekalan air di rumah arwah kakaknya telah dipotong adalah tidak benar.

“Saya bagi pihak keluarga di sini ingin menjelaskan bahawa perkara itu telah disalah ertikan yang mana sebenarnya kami tidak ada masalah, tidak ada yang perlu dibimbangkan.

“Segala kelengkapan dan bantuan itu adik beradik kami mampu untuk tanggung,” katanya seperti dipetik laman portal peraktoday.com.

Baru-baru ini kisah sembilan beradik yang merupakan anak kepada Allahyarham Roshidah Nordin menjadi viral apabila dikatakan hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

Sejak maklumat itu tersebar ahli keluarga Allahyarham tidak putus-putus menerima kunjungan dan panggilan telefon daripada mereka yang bersimpati.

Sementara itu, sepupu kepada arwah, Azam Abdul Mutalib berkata, perkara yang menjadi viral itu telah menimbulkan intepretasi kurang baik di pandangan mata orang ramai kepada keluarga waris.

“Kami tidak menghalang kepada sesiapa yang ingin memberikan bantuan kerana ia perkara yang baik, cuma kalau boleh hentikanlah perkara ini daripada disensasikan, itu sahaja,” tegasnya.

Roshidah meninggalkan sembilan orang anak dengan yang paling sulung berusia 14 tahun dan paling muda kembar lelaki berusia sembilan hari. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anak yatimbayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd