• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Kelihatan Seperti Patung Akhirnya Memakan Diri

oleh Ahmad Albab
17/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RODRIGO Alves, 32, telah menjalani 42 pembedahan untuk mengubah dirinya supaya kelihatan seperti anak patung Ken (Barbie Beau) dan Alves kini dilaporkan sedang menerima rawatan kerana keadaan yang berpotensi mengancam nyawa selepas badannya menolak hidung barunya.

Alves yang menetap di London kini sedang dirawat di sebuah hospital di Sepanyol kerana menghidap nekrosis- satu keadaan di mana daging mula mati selepas ditolak oleh badan berikutan pembinaan semula hidungnya.

Keadaan hidung Alves yang terpaksa ditutup kerana mempunyai lubang
Keadaan hidung Alves yang terpaksa ditutup kerana mempunyai lubang.

“Saya telah menjalani pembuatan semula hidung tiga bulan lalu, dan tulang rawan baru telah ditolak oleh badan saya.

“Satu lubang telah muncul dalam hidung saya dan jangkitan itu sedang memakan hidung saya dan jika ia tidak berhenti, ia akan memakan keseluruhan wajah saya,” jelas Alves.

Sebelum mengetahui kerosakan yang berlaku terhadap hidungnya, Alves telah mememuat naik gambar di instagram dua minggu lalu, nampaknya masih berasa puas hati dengan pembedahan tersebut dengan kapsyen:

“42 pembedahan, 350 ribu pound dibelanjakan dengan baik!”

2a

Kini Alves terpaksa berulang ke Sepanyol untuk merawat kerosakkan hidungnya dan pihak hospital sedang berusaha menghalang daging mati daripada merebak ke seluruh badannya sehingga menyebabkan kematian.

Menurut laporan Institut Kesihatan Negara, Nekrosis adalah kematian tisu badan apabila darah terlalu sikit dan ia merupakan keadaan yang tidak boleh dipulihkan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: antarabangsalelakipatungpembedahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd