Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

Pemalsuan Cop Sempadan, 23...

PUTRAJAYA - Seramai 23 individu termasuk anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan hari...

Rusuhan Kuil Sri Mariamman,...

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret hari ini melepas dan membebaskan 17 lelaki atas tuduhan...

Kerajaan Sekat Sementara Kemasukan...

PUTRAJAYA - Kerajaan menggantung sementara kemudahan imigresen termasuk tanpa visa kepada warga China...

‘Tidak Wajar Penaja Tarik...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Ini Mungkin Dugaan Allah Beri Kepada Saya – Hanis Zalikha

PELAKON Hanis Zalikha yang sedang sarat membawa kandungan berusia 7 bulan memberitahu bahawa dia dan suami, Hairul Azreen masih belum bersedia untuk mendedahkan jantina bayi mereka dan menceritakan pengalaman membawa kandungan sejak dari awal kehamilan bukanlah perkara yang mudah baginya.

“Kebiasaannya wanita lain akan mengalami alahan teruk pada trimester kedua tetapi saya sehingga kini masih muntah-muntah dan ia agak mencabar bagi saya.

“Cuak juga, tetapi saya menganggap ini merupakan salah satu ujian yang diberikan Allah kepada saya. Saya pernah bertanya kepada ibu saya tetapi dia hanya melalui alahan seperti ini pada trimester pertama.

2-Hanis-Zalikha-Belum-Sedia-Dedah-Jantina-Anak-jpeg
Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

“Saya juga menanyakan perkara yang sama kepada ibu mertua tetapi dia sudah lupa pengalaman ini kerana melahirkan anak yang terakhir 28 tahun lalu,” ujar Hanis.

Tambahnya, ia mungkin dugaan yang Allah berikan buatnya sekarang dan berharap dipermudahkan urusan ketika mahu bersalin kelak.


Walaupun sedang sarat mengandung, Hanis tetap aktif melakukan pelbagai kerja kerana sikapnya yang tidak suka duduk diam tanpa melakukan apa-apa dan baru-baru ini, dia dan suami telah melancarkan koleksi pakaian raya His & Her. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori