• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelakon Tidak Semestinya Dedah Susuk Tubuh-Liyana Jasmay

oleh AK-47
16/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKTRES dan penyanyi Liyana Jasmay, 28; menegaskan bahawa mendedahkan tubuh badan kepada umum bukanlah satu kewajipan atau kemestian yang perlu dilakukan oleh seseorang yang bergelar pelakon.

Menurut sumber, Liyana ditemui ketika majlis pelancaran Karya 12 anjuran Astro Citra berkata, setiap pelakon boleh menolak dan mengatakan tidak mendedahkan susuk tubuh dalam menjayakan atau menjiwai sesuatu watak.

Ibu kepada dua cahaya mata ini berpendapat bahawa sama ada sudah berkahwin atau belum, banyak perkara yang harus dijaga apabila melibatkan antara lelaki dan wanita.

“Bila sudah berkahwin banyak perkara perlu dijaga, watak yang tak sepatutnya dilakonkan kita sendiri boleh berfikir dan tolak tawaran tersebut.

“Kalau tak kahwin sekalipun untuk pelakon-pelakon perempuan saya nak nasihatkan sikit, tak perlu untuk cium-cium, pegang-pegang atau dukung”

“Dalam lakonan tak perlu ada porn. Itu tak baik serta tak perlu seksi pun. Saya sendiri yang tengok geli apatah lagi masyarakat di luar sana,” katanya.

Tambah wanita kecil molek ini lagi, dia tidak gemar melibatkan diri untuk menyertai sebarang pertandingan realiti dan lebih selesa dengan apa yang dibuatnya sekarang.

Jika kemasyhuran yang dicari itu bukan segala-gala baginya, penyanyi ini percaya bahawa setiap perkara yang dilakukan mestilah dibuat dengan sepenuh hati dan terbaik.

“Realiti TV? Tidak sama sekali terima kasih. Saya tak nak memperbodohkan diri di atas pentas. Maksud saya orang tahu apa yang saya buat.

“Saya tak perlu untuk ke pertandingan realiti untuk memberitahu kepada orang ramai apa yang saya buat.”

“Mungkin mereka yang menyertai realiti TV kurang dikenali tapi saya tak tahulah. Mungkin juga mahukan kemashyuran, tapi bagi saya kemasyhuran bukanlah segala-galanya.

“Apa yang saya boleh beritahu buatlah yang terbaik,” katanya panjang lagi.

Dalam perkembangan lain, Liyana Jasmay akan mengeluarkan single terbarunya berjudul ‘Oh Nana’ ciptaan sepenuhnya Aliff Abdullah (Sleeq) yang dilancarkan tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: liyana jasmay
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kini Berhijab, Liyana Jasmay Berdoa Terus Istiqamah

27/07/2017
0

ALHAMDULILLAH! Aktres popular Liyana Jasmay mengesahkan dia kini sudah meninggalkan imej dahulu dengan mengenakan hijab sepenuhnya. Semalam, Liayan telah mencetuskan...

Liyana Jasmay Nyanyi Semula Lagu KRU

07/04/2017
0

PETALING JAYA - Peluang menyanyikan semula lagu daripada trio legenda KRU pastinya tidak akan disia-siakan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd