Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

JPAM Selangor Terima 2,019...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Selangor menerima 2,019 kes tangkapan...

Rumah Kongsi Ada Kamera...

AMERIKA SYARIKAT - Seorang wanita menyaman syarikat rumah kongsi, Airbnb selepas mendakwa pemilik...

Ibu Cedera Terkena Tembakan...

GUA MUSANG - Seorang isteri anggota polis patah tulang bahu kanan selepas terkena...

Misteri Tabung Masjid Sering...

Sabak Bernam - Misteri tabung Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Pekan Sabak Bernam, di...

Bekas Ratu Cantik Saman Penganjur RM11 Juta

SEBULAN lalu kisah seorang ratu cantik ditarik gelaran daripada mewakili Puerto Rico dalam pertandingan Ratu Universe oleh pihak penganjur kerana sikap dan perangai buruknya; kini mengemukakan saman di mahkamah.

42-79132238

Kristhielee Caride, 24; mengemukakan saman AS$3 juta (RM11 juta) apabila kemenangannya dibatalkan daripada menyertai pertandingan itu tahun ini.

Melalui saman yang yang dikemukakan, Caride menuntut mahkotanya dan pelbagai hadiah yang dimenanginya termasuklah kereta, kos pembedahan plastik serta pelayaran selama tujuh hari dikembalikan.

Tuntutan saman itu dibuat kerana pelanggaran kontrak dan ganti rugi kontrak. Ia telah difailkan terhadap PR Crown Entertainment dan pegawai termasuk Desiree Lowry, Pengarah Kebangsaan Miss Universe Puerto Rico.

Desiree Lowry
Desiree Lowry

Peguam Lowry, iaitu bekas Setiausaha Kehakiman Puerto Rico, Antonio Sagardia memberitahu agensi berita The Associated Press bahawa dia enggan bertemu dengan peguam Caride ini atas permintaan mereka.


“Tiada apa-apa untuk diperkatakan, keputusan kami adalah muktamad,” kata peguam Caride iaitu Ernie Caban.

Dalam kejadian terdahulu, Caride telah dilucutkan gelarannya selepas dia dikritik kerana mengetepikan dan berkata dia tidak suka kamera dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar tempatan.

Menurut Lowry kepada pemberita, Caride tidak pernah memohon maaf dan hanya menyatakan bahawa dia mempunyai isu-isu peribadi serta berjanji kejadian seperti itu tidak akan berlaku lagi.

Walau bagaimanapun, tambah Lowry lagi, Caride turut membatalkan penampilannya dalam acara lain kerana mempunyai temujanji dengan doktor tanpa menjadualkannya semula. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori