• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terus Mara Tewaskan Pakistan

oleh Ahmad Albab
14/04/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Malaysia meneruskan kemaraan dalam menentukan kedudukan carta apabila menang tipis 1-0 ke atas Pakistan pada perlawanan pusingan awal Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-25 di Stadium Azlan Shah, di sini malam ini.

Jaringan ketua pasukan, Razie Rahim, menerusi pukulan sudut penalti seawal minit ketiga membantu skuad negara meraih kemenangan kedua selepas lima perlawanan.

Bermula dari awal permainan, serangan bertali arus kedua-dua pasukan nyata merancakkan perlawanan, namun Malaysia yang disokong lebih 5,000 penonton dilihat dapat mengawal permainan dengan baik.

Pujian juga harus diberikan kepada skuad negara kerana berjaya mematahkan setiap cubaan berbahaya Pakistan dan sekali gus mempertahankan kelebihan satu gol sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu pada sidang media, jurulatih negara, Stephen Van Huizen berkata beliau amat gembira dengan keputusan itu kerana anak buahnya berjaya mengutip tiga mata penuh yang amat penting buat ‘The Speedy Tigers’.

Katanya harapan Malaysia untuk layak ake final agak sukar dan beliau hanya menyasarkan untuk merebut kedudukan ketiga dan keempat.

Mengulas lanjut mengenai perlawanan menentang India, Jumaat ini, beliau berharap anak buahnya dapat bermain dengan baik ketika menentang pasukan ranking ketujuh dunia itu.

Dengan kemenangan itu, Malaysia kini berada di kedudukan keempat carta dengan mengutip lapan mata selepas mengharungi lima perlawanan.

Esok adalah hari rehat dan kejohanan itu akan bersambung pada Jumaat ini. – BERNAMA

Tags: hoki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd