• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wasiat Pelik Peminat Fanatik Motosikal

oleh AK-47
13/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH pelik ini dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook iaitu Azwin Amin melalui satu posting yang dimuatnaik menerusi laman sosial miliknya.

Posting yang bertarikh 6 April lalu itu menunjukkan rakaman sebuah video mayat seorang lelaki dikebumikan bersama-sama dengan motosikal kesayangannya.

Menurut laporan sebuah portal, semasa lelaki itu hidup, dia telah meninggalkan wasiat kepada ahli keluarganya supaya dikebumikan sekali dengan motosikal kesayangannya itu.

Lebih pelik lagi, enjin motosikal tersebut dihidupkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke liang lahad untuk dikebumikan bersama-sama tuannya itu.

Jika dilihat pada video yang dimuat naik itu, kejadian berkenaan mungkin berlaku di Thailand berdasarkan suara-suara dialek yang kedengaran melalui video tersebut.

Selain peristiwa di atas, di Jakarta, seorang lelaki berusia 50 tahun dikenali sebagai Ganif Aryanto yang berasal dari Sleman mewasiatkan benda yang hampir sama.

Semasa hayatnya, Ganif aktif dengan sukan permotoran turut menzahirkan hasrat yang pelik apabila ingin disemadikan bersama sut perlumbaan miliknya lengkap bersama sarung tangan dan but.

2014-02-05_220650

2014-02-05_220718

2014-02-05_220744

Kejadian seumpama itu juga pernah berlaku di Colombus, Ohio, Amerika Syarikat, apabila mayat Billy Standley yang meninggal dunia disemadikan dengan menunggang model Electra Glide keluaran 1967 di dalam keranda.
Mendiang dilihat memakai jaket kulit dan berkaca mata hitam dalam peti mayat yang ditutupi kaca lutsinar.

Mayat Standley, 82, yang mati akibat kanser paru-paru dapat dilihat dengan jelas menerusi keranda istimewa itu.

Selama bertahun-tahun dia memberitahu keluarga dan rakan yang dia bukan saja mahu menunggang motosikal ke ‘syurga,’ tetapi turut mahu orang lain melihat aksinya itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Fanatikkerandakisah pelik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesir Dedah Penemuan Terbesar Mumia

20/10/2019
0

LUXOR - Mesir mendedahkan 30 buah keranda kuno yang berisi mumia, merupakan pertemuan terbesar, yang ditemui di selatan negara itu...

Personaliti Afrika Beli Keranda Untuk Diri Sendiri

10/02/2019
0

SEORANG wanita berkongsi gambarnya membeli keranda untuk dirinya sendiri, meskipun dia belum menemui ajal. Zodwa Wabantu yang merupakan personaliti media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd