• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Sultan Azlan Shah: Juara Bertahan Tunduk Kepada Australia

oleh Ahmad Albab
12/04/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Juara bertahan, New Zealand mengalami kekalahan pertama di Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-25 apabila tewas tipis 0-1 kepada Australia.

Australia yang juga pasukan nombor satu dunia memperoleh gol kemenangan pada minit ke-22 menerusi penyerang berbisanya Jamie Dwyer melalui pukulan sudut penalti.

Kesungguhan New Zealand mahu memastikan tidak kalah di perlawanan ini menyaksikan mereka membuat keputusan nekad mengeluarkan penjaga gol, Kyle Pontifex untuk digantikan penyerang pada minit-minit akhir permainan, namun ia tetap gagal menghalang Australia daripada menang.

Kemenangan Australia itu adalah yang keempat berturut-turut dalam kejohanan ini, sekali gus mendahuli carta dengan 12 mata, tiga mata mengatasi India yang berada di tangga kedua.

India sebelum itu berjaya menundukkan musuh tradisi Pakistan 5-1.

Kemaraan India yang berstatus pasukan nombor tujuh dunia ternyata sukar disekat Pakistan dari awal permainan apabila Manpreet Singh meledakkan gawang pada minit ke-4 menerusi gol padang.

Enggan mengalah, ketua pasukan Pakistan Muhammad Irfan menjaringkan gol penyamaan selang tiga minit kemudian, namun India nyata tidak membenarkan lawan menarik nafas lega apabila Sunil Sowmarpet meletakkan pasukannya di hadapan sekali lagi pada minit ke-10.

India menambah duka ‘The Green Shirt’ apabila menyumbat tiga gol menerusi Sunil pada minit ke-41, Talwinder Singh (m50) dan Rupinder Pal Singh (m54). – BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perkasa Buat Laporan Polis Terhadap Ramasamy

Next Post

PRN Sarawak: PKR Tiada Kaitan Dengan PAS – Baru Bian

Related Posts

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

Malaysia Di Tempat Ketiga Siri Final Wanita FIH

17/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Skuad Hoki Wanita negara mengakhiri kempen Kejohanan Siri Final Wanita FIH di tempat ketiga selepas menewaskan Republik...

Next Post

PRN Sarawak: PKR Tiada Kaitan Dengan PAS - Baru Bian

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd