• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Aksi Awek Comey Makan Ramen Pedas (Halal Ke?)

oleh AK-47
10/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMEN atau mee segera yang berasal dari China boleh dikatakan kini menjadi makanan kegemaran di seluruh dunia, terutama di Korea.

Hampir setiap drama Korea pasti terdapat adegan memakan hidangan ini dan Ramen Korea juga begitu terkenal dengan supnya yang pedas.

Bercerita mengenai kepedasannya, di saluran Youtube kini menjadi trending aksi netizen cuba memakan ramen dalam cabaran yang dinamakan Spicy Korean Noodle Challenge.

Cabaran tersebut menghendaki peserta menghabiskan makanan pedas itu tanpa meninggalkan sedikit pun sisa dalam mangkuk makanan.

Cabaran itu turut disahut seorang wanita tempatan dikenali sebagai Asyalliee Ahmad, yang memuat naik rakaman aksinya memakan makanan pedas tersebut di saluran YouTube lantas mendapat jumlah tontonan yang amat tinggi.

Aksi Asyalliee yang bertudung, cuba menghabiskan ramen jenama “Ramyeon” itu dengan aksi menahan pedasnya dan sekali sekala bercakap menggunakan dialek utara dianggap comel oleh kebanyakan penonton.

Ekspresi kepedasan melampau yang ditunjukkan Asyalliee apabila meminum air dan mendekati kipas selain memberitahu alat solek yang digunakan pada wajahnya telah luntur turut mencuit hati ramai.

“Habis dah make up, camna nak keluaq, camna nak balik hostel ni,” ujarnya.

Bagaimanapun, reaksi setiap orang tentunya tak sama. Tak kurang juga yang menyifatkan, aksi Asyalliee dikategorikan sebagai gedik dan agak memperbodohkan diri.

Seorang netizen dikenali sebagai Amy Razor memberi komen, aksi memakan ramen pedas itu tidak berbaloi ditonton dan tidak seharusnya dimuat naik.

“Gedik giler… Nyesal pulak aku bukak, camne la video ni boleh muncul kat suggestion aku. Species camni perlu dihapuskan dari muka bumi,” tulisnya dengan agak kejam.

Dalam pada itu, mi segera atau ramen Ramyeon yang dinikmati dalam video ini turut menimbulkan tanda tanya orang ramai khususnya umat Islam mengenai kesahihan status halal produk yang diimport daripada Korea.

Keraguan timbul apabila tersebar dakwaan menyatakan terdapat unsur syubhah memandangkan mi ini dihasilkan di kilang yang menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi.

Perkara ini disahkan oleh JAKIM yang turut memaklumkan, siasatan yang akan dibuat terhadap produk mi segera tersebut.

“Status logo dan kehalalan produk tersebut belum dapat dikenal pasti. Siasatan bersama pihak KMF di Korea sedang giat dilakukan. Hasil siasatan akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” demikian laporan yang tersiar di sebuah akhbar tempatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gadis bertudungKoreami segerastatus halal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

CEO Rayani Air Minta Maaf, Rayu Terus Beri Sokongan

Next Post

Nenek 70 Tahun ‘Wow’Kan Juri Dengan Bakat Tarian Tiang

Related Posts

KKM Arah Tarik Balik Dua Produk Mi Segera

KKM Arah Tarik Balik Dua Produk Mi Segera

26/04/2023
0

PETALING JAYA : Dua produk mi segera iaitu Mi Kari Putih Penang Alai dari Malaysia dan Mi Segera jenama Indomie...

Seorang Warga Malaysia Cedera Dalam Insiden Rempuhan Di Seoul

Seorang Warga Malaysia Cedera Dalam Insiden Rempuhan Di Seoul

02/11/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan hanya seorang warga Malaysia yang cedera akibat insiden rempuhan susulan sambutan Halloween di Seoul, Korea Selatan,...

Next Post

Nenek 70 Tahun 'Wow'Kan Juri Dengan Bakat Tarian Tiang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd