• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Suami Panjat Kereta Gara-Gara Terlafaz Talak

oleh AK-47
10/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA terlafaz talak, seorang lelaki menyesal tak sudah hingga sanggup bertindak nekad ‘bergayut’ di kenderaan yang dipandu oleh seorang wanita dipercayai bekas isterinya, dengan harapan wanita itu menerimanya kembali.

Menerusi rakaman video yang kini mendapat lebih 6,000 perkongsian di media sosial, lelaki itu dilihat sanggup memanjat kereta yang masih bergerak dan enggan turun walaupun pemandu berulang kali menyuruhnya berbuat demikian.

Jelas kedengaran, lelaki tersebut merayu pemandu agar keluar sambil mengetuk cermin kereta.

Beberapa minit kemudian, penduduk sekitar dilihat mula campur tangan dan meminta lelaki terbabit turun dari kereta lalu dia dilihat seakan memberitahu ‘ini urusan rumah tangga’.

Rata-rata netizen yang menonton rakaman video ‘suami bergayut’ ini melahirkan rasa simpati kepada kedua-dua pihak namun kebanyakannya menyalahkan tindakan si suami yang dikatakan gila talak.

“Watch out every single words yang keluar dari mulut…pengajaran ye macam ni rupenye gile talak,” tulis Mis Bie Ballerina.

“Pendek kate kerana MULUT lelaki nie dia gile talak. Dan kerana MULUT perempuan tu mencarut ramai kecam. So kat sini. Jaga mulut. Telajak kereta kau bole jalan, reverse, jalan, reverse macam dalam video nie tapi kalau dah telajak kata? Lu pikior lah,” kata Nur Amira.

Talak memang mudah diucap namun bahana selepas ia diungkapkan kadangkala tidak tersangka oleh ‘pelontar’ talak itu sendiri, jadi hati-hati kerana ia membabitkan hukum agama.

Sehingga sekarang lanjutan kes ini belum diketahui namun diharapkan ianya sudah diselesaikan secara baik. - MYNEWSHUB.CC

Tags: masalahvideo Facebook
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

K’jaan Persekutuan Akan Jumpa K’jaan Negeri Bincang Masalah Orang Asli

15/12/2018
0

KLUANG - Kerajaan Persekutuan akan mengadakan satu perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri termasuk pihak yang berkaitan bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi...

Masak La Korang… Ragut Siap ‘FBLive’

03/09/2017
0

TINDAKAN dua lelaki meragut telefon pintar pejalan kaki yang sedang ‘FBlive’ dekat Masjid Taman Medan Idaman, Jalan Gombak, Kuala Lumpur,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd