• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denda RM240 Juta, Video ‘Selfie’ Bukti Bakar Hutan

oleh Ahmad Albab
10/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SACRAMENTO – Seorang lelaki yang mengambil video beliau dikelilingi api, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan denda AS$60 juta (RM240 juta) selepas mengaku bersalah menyebabkan kebakaran hutan antara yang terburuk di California pada 2014.

Wayne Allen Huntsman, pada awalnya mengaku tidak bersalah menyebabkan kebakaran yang berlanjutan selama sebulan, menukar pengakuan dan mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan memulakan kebakaran hutan yang menyebabkan kecederaan kepada anggota bomba dan memusnahkan hartanah.

“Saya mengaku bersalah kerana saya melakukannya,” kata Huntsman kepada mahkamah, menurut Timbalan Pendakwa Daerah, Dave Stevenson.

Api merosakkan kawasan hampir 40,488 hektar, memusnahkan sekurang-kurangnya 12 rumah dan menyebabkan ribuan penduduk kawasan peranginan Tasik Tahoe di California Utara kehilangan tempat tinggal.

Huntsman dijatuhi hukuman penjara dan diarah membayar denda AS$60 juta sebagai pampasan kepada mangsa, Peguam Daerah El Dorado dalam satu kenyataan.

Pendakwa berkata, Huntsman melarikan diri dari lokasi kejadian dan bertemu seorang penduduk yang menumpangkan beliau keluar dari situ.

Huntsman menunjukkan video yang diambil menunjukkan beliau berdiri di antara dua punca kebakaran.

“Dengar sini, api di sekeliling saya. Saya terperangkap di tengah-tengah,” katanya dalam video itu.

Pemandu berkenaan merakam video itu dan menyerahkannya kepada penyiasat. Huntsman ditangkap beberapa hari selepas kebakaran bermula. – Agensi/BH ONLINE

Tags: Kebakaran hutanselfie
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

03/03/2024
0

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia bersama pihak berkepentingan bersiap sedia melaksanakan strategi pembenihan awan yang dijangka bermula bulan...

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

11/06/2023
0

ASTANA: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran hutan besar-besaran berlaku di timur laut Kazakhstan. Ikuti Mynewshub: Telegram Ia merupakan angka kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd