Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

Bilionair ‘Abang Serius’ Beli...

Beijing - Seorang bilionair China dikhabarkan sanggup membayar £5 juta (RM28 juta) untuk...

Tiada Batu Nisan, Kubur...

Georgetown - Sebilangan besar waris si mati yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam...

AirAsia Peneraju LCC Dunia...

KUALA LUMPUR – AirAsia dinamakan sebagai Peneraju Penerbangan Tambang Murah (LCC) Dunia untuk...

Kes Harian COVID-19 Kembali...

PUTRAJAYA - Kes harian COVID-19 di negara ini kembali meningkat melebihi 6,000 kes...

Abu Sayyaf Bebaskan Tebusan Warga Itali

Manila – Seorang bekas paderi warga Itali yang diculik oleh kumpulan militan di Selatan Filipina, enam bulan lalu dibebaskan kelmarin, kata polis dan kerajaan Itali.

Jurucakap polis, Wilben Mayor berkata, Rolando Del Torchio ditemui disebuah pelabuhan di pulau Jolo, yang dikenali sebagai kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf.

Katanya, Del Torchio, 57, yang kelihatan kurus ditemui pada awal pagi di dalam sebuah bot di pelabuhan berkenaan.

“Mangsa culik itu dibawa ke sebuah hospital tentera untuk rawatan sebelum dibenarkan pulang negara asalnya,” katanya.

Sekumpulan lelaki bersenjata menculik Del Torchio di sebuah kedai pizza miliknya di bandar Dipolog, kira-kira 400 kilometer dari timur laut Jolo, pada Oktober tahun lalu.

Identiti penculik tidak disahkan tetapi pihak berkuasa percaya mangsa dibawa menaiki bot menuju ke kubu kuat Abu Sayyaf.


Bagaimanapun, Mayor enggan memberitahu sama ada wang tebusan dibayar sebagai pertukaran pembebasan lelaki itu.

Kumpulan Abu Sayyaf terkenal kerana sering menculik warga asing sebagai cara untuk menuntut wang tebusan.

Beberapa warga asing termasuk dari Indonesia, Malaysia dan Barat dipercayai masih menjadi tebusan kumpulan berkenaan. – AFP/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori