• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Di Sungai Ular Merebak Akibat Cuaca Panas

oleh Ahmad Albab
09/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Cuaca panas terik berserta angin kencang menyebabkan kebakaran di kawasan tanah gambut seluas 70 hektar berhampiran Kampung Sungai Ular kini merebak ke kawasan sejauh 500 meter lagi.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Ashrul Riezal Asbar berkata sehingga petang ini anggota bomba masih bertungkus lumus memadamkan kebakaran dengan menggunakan bekalan air di parit berhampiran.

“Anggota yang terlibat dengan operasi pemadaman hari ini berhadapan cabaran cuaca panas dengan angin yang kuat menyebabkan kebakaran cepat merebak.

“Pola tiupan angin hari ini menyebabkan kebakaran yang bermula sejak Ahad lepas kini menghampiri kawasan bahagian belakang Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), namun tindakan telah diambil untuk mengelakkan ia terus merebak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya sehingga kini operasi pemadaman meliputi lebih 50 hektar daripada kawasan yang terlibat.

Beliau berkata seramai 22 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Gebeng ditugaskan 24 jam secara bergilir-hilir untuk memantau kebakaran itu daripada merebak ke kawasan kampung yang berhampiran.

“Kita akan menambah bilangan anggota dan menggunakan khidmat unit udara untuk membantu memadamkan kebakaran jika sekiranya keadaan ini berlarutan,” katanya. – BERNAMA

Tags: cuaca panaskebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd