• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rebecca Sarat Mengandung Anak Keempat, Tunggu Masa Bersalin

oleh AK-47
08/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASANYA sejak kebelakangan ini jarang lihat kelibat aktres jelita yang sudah berhijab ini, Rebecca Nur Al Islam muncul di kaca televisyen atau hiasi muka-muka majalah tempatan serta dalam drama dan filem tempatan.

Rupa-rupanya pelakon berdarah kacukan Jawa, Cina dan Arab ini sedang sarat mengandung anak keempat dan sebenarnya hanya menunggu masa untuk bersalin sahaja.

12934927_575344455957015_1863967089_n

Datin Rebecca Nur Al Islam, 30; kini mempunyai tiga orang anak iaitu Nor Adam Daniel, 7, Nor Anggun Raverra, 4, dan Nor Anggerik Renesmee, 3 tahun.

“Selain tiga anak saya, dua anak tiri pun duduk sama dengan saya juga.  Jadi total anak-anak semua ada lima.  Tambah yang bakal lahir nanti, jadi enam orang semuanya.

“Saya tak kisah anak ramai.  Anak ramai best, meriah rumah, nanti bila dah tua, boleh masing-masing tukar-tukar jaga kita kan,” jelasnya sambil ketawa kepada portal Media Hiburan.

12070756_590440231122096_159470558_n

Rebecca dan suaminya, Datuk Azam pernah memberitahu media bahawa mereka ingin mempunyai ramai anak selepas anak ketiga mereka iaitu Nor Anggerik Renesmee dilahirkan tiga tahun dahulu.

Walaupun sarat mengandung anak keempat, dia sudah berangan-angan untuk mempunyai anak kembar pula.

“Kesemua anak saya lahir secara pembedahan, jadi jika anak yang terakhir nanti, harapan saya nak anak kembar.  InsyaAllah,” jelasnya.

Anak anugerah Allah, setiap anak yang lahir telah ditentukan rezekinya.

Meskipun sudah mempunyai enam anak termasuk yang bakal lahir, pelakon ini lebih gemar untuk menyiapkan anak-anak sendirian waima ada pembantu rumah yang boleh membantu menguruskan anak-anaknya.

11259966_1705161163059193_1301421650_n

Rebecca tidak meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pembantu rumahnya untuk menguruskan kesemua anaknya tetapi hanya melibatkan sesetengah perkara sahaja.

“Walaupun saya mempunyai lima orang pembantu, namun saya tak harapkan dan percayakan pembantu 100%.  Anak-anak masih saya yang siapkan. Pembantu cuma bantu sikit-sikit sahaja,” katanya kepada portal itu.

Kini, aktres ini lebih menumpukan kepada perniagaan hijabnya iaitu Anggun Anggerik Shawl Hijab dan susu kambing.

Sekiranya ada tawaran berlakon dari produksi tempatan, dia hanya akan memilih watak yang bersesuaian dengan dirinya sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Tags: mengandungRebecca Nur Al Islam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mr. Os Meninggal Dunia Selepas Solat Dalam Usia 55 Tahun

Next Post

Bomba Sabah Yakin Dapat Padam Kebakaran Di Kg. Lumut Hari Ini

Related Posts

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

17/08/2024
0

Meskipun usia kandungan mencecah lapan bulan, ia tidak menghalang Che Nurul Amira Che Mat, 35, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi DUN...

Wanita Koma Dibelasah Suami Bakal Lahirkan Bayi

26/11/2021
0

KEJADIAN ngeri pada April lalu mengemparkan Malaysia apabila seorang lelaki telah membelasah isterinya sehingga koma. Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut...

Next Post

Bomba Sabah Yakin Dapat Padam Kebakaran Di Kg. Lumut Hari Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd