Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

JPN Kaji Semula Prosedur...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengkaji semula serta membuat penambahbaikan prosedur...

Uqasha Dipilih Pegang Watak...

Pelbagai polemik yang Cik Pang dengar apabila penerbit teater Ombak Rindu, Siti Rohayah...

Bersatu Buat Pengumuman Penting...

SHAH ALAM - Satu pengumuman penting dijangka dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

Sufian Tidak Lagi Menaruh...

SELEPAS mengalami kegagalan dalam pertunangan, Sufian Suhaimi mengakui tidak lagi menaruh sebarang harapan...

5 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM300

MUNGKIN ramai yang ingin memiliki telefon pintar kedua untuk mengasingkan kegunaan dengan telefon peribadi atau ingin memberikan hadiah kepada mereka yang tertentu.

Tetapi masalah terbesarnya tidak mempunyai bajet yang mencukupi. Jangan risau, kami akan memberikan anda 5 senarai telefon pintar terbaik untuk dimiliki dengan harga bawah RM300 dan pastinya memuaskan pengguna.

1- Asus Zenfone C

Zenfone C

Zenfone C merupakan telefon pintar yang menduduki tempat pertama kerana mempunyai keseimbangan dari segi spesifikasi, fungsi, rekaan dan nilai harga penjualannya. Zenfone C lebih berkuasa dari segi kamera dengan fungsi autofokus dan kebolehan merakam video setinggi 1080p.

Harga Original: RM288

2- Lenovo A1000

Lenovo A1000 White

Telefon ini merupakan peranti yang cukup laju bagi sebuah peranti bajet. Ia hadir dengan Android 5.0 Lollipop dan mempunyai kapasiti memori dalaman sebanyak 8GB. Pengguna telefon ini dijamin mendapat penggunaan terbaik kerana Lollipop memerlukan hardware yang cukup berkuasa untuk beroperasi.

Harga Original: RM249

3- Microsoft Lumia

Lumia 430 White BG


Telefon ini hadir dengan antaramuka Live Tiles yang ringkas dan sangat minimalis. Ia juga terkenal dengan pengoperasian yang lancar walaupun mempunyai spesifikasi yang rendah. Telefon ini mempunyai masalah kemaskini kerana tidak diberikan sistem kemaskini selari dengan android dan iOS.

Harga Original:RM250

4- Lenovo A616

Lenovo A616

Peranti ini menyediakan paparan skrin seluas 5.5 inci yang menjamin kepuasan bagi mereka yang menyukai paparan yang besar dan jeas. Bukan itu sahaja, ia merupakan satu-satunya telefon dalam senarai ini yang hadir dengan sokongan LTE untuk pelayaran pantas, 4G.

Harga Import/Ap: RM199

5- Samsung Galaxy V Plus

Galaxy V Plus

Samsung merupakan jenama telefon yang cukup gah masa kini dan juga merupakan jenama paling popular dengan pegangan market share sebanyak 22.5%. Peranti Galaxy V Plus ini merupakan keluaran terkini yang membawa ciri-ciri asas dan hadir dengan paparan skrin seluas 4.0 inci.

Harga Original: RM289

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori