• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Sebab Perkataan ‘Awak’, Habis Tergadai Adab

oleh AK-47
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“Kalau boleh, jangan guna perkataan “awak” bila buat pertanyaan untuk bakal pelanggan ye, guna title saya iaitu iaitu Dr,” itulah teguran seorang wanita berstatus doktor terhadap peniaga yang berurusan dengannya melalui perbualan Whatsapp yang menjadi viral di media sosial.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Harlina Haliza, dia yang merupakan seorang doktor di Pusat Perubatan Universiti Kabangsaan Malaysia (PPUKM) pada mulanya menghantarkan mesej kepada peniaga berkenaan bagi mengadakan satu temu janji dengannya.

Bagaimanapun, dia tidak begitu gemar dengan cara peniaga terbabit membalas mesejnya yang menggunakan perkataan ‘awak’ di mana menurutnya, penggunaan perkataan tersebut dianggap sebagai tidak profesional.

dr

dr2

dr1

“Elok kalau guna panggilan ‘puan’ atau gunakan title saya iaitu doktor,” seperi yang dibalas kepada peniaga terbabit.

Bagi Harlina, peniaga perlu menggunakan bahasa yang sesuai dan profesional ketika berkomunikasi dengan pelanggan.

“Ucapkanlah sedikit penghargaan/terima kasih atas kesudian bakal pelanggan menghubungi anda. Baca sekali dua lagi teks yang ditulis sebelum menekan ikon ‘Send. Sesungguhnya bahasa yang digunakan akan melambangkan keperibadian seseorang!” katanya.

Reaksi dari netizen pula berbeza-beza. Ada yang menyokong, ada yang sebaliknya. Namun, ianya lebih kepada teguran.

“Hmm perlu ke panggil dr.? Kalau tak kira tak beradab ke? Macam berbaur riak pulak,” tulis pengguna Facebook Azrai Nazrin.

“Saya tak rasa ade yang tak sopan dalam conversation tu..mane la seller nak tau umur doktor 50-an..haishh,” kata Zarie Jae

“Sedangkan kita bila berdoa kepada Allah, boleh sebut ‘kau’ dan ‘aku’ menandakan kita amat dekat kepada Pencipta. Apatah lagi Doktor ini cuma manusia biasa,” kata Mac Jai Rostov. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bahasa Melayudoktorstatus facebook
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

1,252 Doktor Berjawatan Tetap Letak Jawatan Sejak 2024

1,252 Doktor Berjawatan Tetap Letak Jawatan Sejak 2024

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan melaksanakan strategi pengekalan doktor yang komprehensif susulan peletakan jawatan 3,510 pegawai...

Doktor Mampu Rawat Kesan Jerebu, Tetapi Kerajaan Perlu Bertindak Tangani Punca

Doktor Mampu Rawat Kesan Jerebu, Tetapi Kerajaan Perlu Bertindak Tangani Punca

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan masalah jerebu rentas sempadan yang terus mengancam kesihatan jutaan rakyat Malaysia bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd