• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Bukan Tahanan Politik – Kementerian Luar

oleh Ahmad Albab
05/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar menegaskan tiada asas yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tahanan politik seperti yang didakwa pihak tertentu.

Kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata penahanan bekas ketua pembangkang itu memenuhi sepenuhnya piawaian antarabangsa hak asasi manusia, selain pemenjaraan Anwar adalah melalui perbicaraan yang adil.

“Berdasarkan instrumen antarabangsa, tiada definisi yang diterima pakai secara sejagat berkenaan istilah tahanan politik.

“Kerajaan Malaysia, sebagai panduan, telah merujuk kepada beberapa kriteria penentu dan mendapati bahawa kes Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memenuhi kriteria-kriteria tersebut untuk mentakrifkan beliau sebagai tahanan politik,” menurut kementerian itu.

Kementerian itu menjawab soalan Datuk Kamarudin Jaafar (PKR-Tumpat) mengenai tindakan kerajaan terhadap pelbagai badan antarabangsa termasuk di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang menganggap pemenjaraan Anwar sebagai tindakan politik dan beliau sepatutnya dibebaskan.

Kementerian Luar berkata Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB (WGAD) terdiri daripada lima individu yang dilantik dalam kapasiti peribadi, justeru pendapat oleh kumpulan itu tidak mewakili pandangan mana-mana negara anggota PBB atau PBB sendiri.

Pendapat WGAD juga adalah tidak terikat kepada undang-undang, menurut kementerian itu.

WGAD merupakan mekanisme yang dibentuk di bawah Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang diberi mandat untuk mengeluarkan pendapat mengenai penahanan seseorang individu berdasarkan aduan individu.

Kementerian itu berkata kerajaan juga telah mengemukakan maklum balas komprehensif terhadap pendapat tersebut kepada WGAD melalui Pejabat Perutusan Tetap Malaysia ke PBB di Geneva pada 16 Nov 2015, serta memuat naik kenyataan akhbar mengenai perkara sama di laman web Kementerian Luar.

Kementerian itu juga menjelaskan dakwaan Anwar sebagai mangsa konspirasi politik telah diteliti secara komprehensif oleh Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, pihak Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa pembelaan konspirasi politik hanya kekal sebagai penafian semata-mata dan merupakan pembelaan yang tidak boleh dipercayai memandangkan dakwaan itu tidak berasas kepada bukti yang boleh diguna pakai. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimTahanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

05/01/2026
0

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd