Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Transgender Berpakaian Wanita: 4...

Kerajaan Negeri Sembilan dan tiga pihak lain memfailkan permohonan Jumaat lalu, di Mahkamah...

Sembilan Pasar Tani Kekal...

KULIM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini dalam rangka perancangan menyiapkan sembilan...

25,574 Berdaftar Dalam Sistem...

KUCHING - Sejumlah 25,574 orang kurang upaya (OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat...

Mangsa Banjir Terpaksa Pecah...

Ada penduduk di Kampung Laloh di jajahan Kuala Krai, Kelantan terpaksa bertindak memecahkan...

Alexander Dan Vodickova Muncul Juara Ironman Putrajaya

PUTRAJAYA – Juara Dunia Ironman 70.3 sebanyak dua kali, Craig Alexander (Australia) dan Radka Vodickova (Republik Czech) menjuarai kategori lelaki dan wanita Ironman 70.3 Putrajaya 2016 di sini hari ini.

Alexander mencatatkan 3 jam, 55 minit dan 36 saat untuk mengatasi dua pencabar terdekatnya, Josh Amberger dari Australia dan Stuart Hayes dari Great Britain yang masing-masing mencatatkan 3:59:05s dan 4:01:25s.

“Ia benar-benar satu pengalaman manis untuk menang selepas saingan di Subic Bay, Filipina baru-baru ini. Bahang panas terasa semasa berada dalam air dan melakukan kayuhan. Saya mengekalkan konservatif semasa renang dan cuba mengekalkan rentak semasa melakukan kayuhan.

Saya beraksi dengan baik semasa larian dan dapat mengejar Josh. Beliau adalah seorang atlet muda yang berpotensi dan seorang daripada perenang terbaik yang pernah saya hadapi,” kata Alexander.

Sementara itu, Vodickova, yang menjuarai kategori wanita pada 2014, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang dengan catatan 4:22:16s.

Beliau melakukan empat minit lebih pantas untuk mendahului lawannya, Liz Blatchford dan Kate Bevilaqua, kedua-duanya dari Australia.

Blatchford dan Bevilaqua masing-masing melakukan catatan 4:26:05s dan 4:36:18s.


Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga menyertai acara dan dapat menamatkan 1.9 km (renang), 90 km (kayuhan basikal) dan 12.1 km (larian).

Juara dalam acara lelaki dan wanita, masing-masing menerima hadiah wang tunai US$3,000 (RM11,674), naib juara US$2,000 (RM7,783) dan US$1,250 (RM4,864) bagi pemenang tempat ketiga.

Keputusan Lima Terbaik:
————————
Lelaki:
1. Craig Alexander (AUS) 3 jam 55 minit 36 saat
2. Josh Amberger (AUS) 3’59:05s
3. Stuart Hayes (GBR) 4’01:25s
4. Brad Kahlefeldt (AUS) 4’03:15s
5. Adam Gordon (NZL) 4’04:48s

Wanita:
1. Radka Vodickova (CZE) 4 jam 22 minit 16 saat
2. Liz Blatchford (AUS) 4’26:05s
3. Kate Bevilaqua (AUS) 4’36:18s
4. Beth Gerdes (USA) 4’36:24s
5. Kathryn Haesner (NZL) 4’39:23s

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori