Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Projek Lebuhraya Pan Borneo...

PAPAR - Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan membawa impak yang besar kepada...

Mesra Muslim, MATTA Sasar...

KUALA LUMPUR - Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menjangka lebih 75,000...

PAS Sokong Penubuhan JKMMS...

KUALA LUMPUR - PAS menyambut baik langkah kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah...

1 Maut, 4 Cedera...

KUANTAN - Seorang ejen insurans maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan...

15 Suspek Serangan Bom Bangkok Gagal Dikesan

Bangkok – Polis Thailand gagal mengesan 15 suspek serangan bom di sebuah kuil di tengah Bangkok pada tahun lalu yang menyebabkan 20 maut dan lebih 120 lagi cedera, kata pegawai semalam.

Dua lelaki etnik Uighur dari China menjadi suspek utama yang berjaya ditangkap dan dibawa ke sebuah mahkamah tentera semalam untuk dibicarakan.

Tiada kumpulan yang mengaku melancarkan serangan di Kuil Erawan pada 17 Ogos lalu.

Penganalisis dan diplomat berpendapat, serangan itu dilakukan oleh kumpulan Uighur yang berang selepas Bangkok menghantar pulang lebih 100 etnik itu ke China.

Dua suspek berkenaan, Yusufu Mieraili dan Adem Karadag ditangkap tidak lama selepas serangan itu dan mengaku tidak bersalah ketika didakwa di mahkamah.


Polis juga mengeluarkan 15 waran tangkap terhadap 15 individu di mana lapan daripada mereka adalah warga Turki atau berada di Turki.

“Kami tidak tahu di mana mereka berada.

“Semua suspek ini berusaha keras untuk melarikan diri,” kata jurucakap polis, Songpol Wattanachai. – Reuters/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori