• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12,000 Syarikat Dalam Talian Disasar Daftar 6 Bulan Pertama 2016

oleh Ahmad Albab
23/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjangka sebanyak 12,000 perniagaan dalam talian didaftarkan dalam tempoh setengah tahun pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner berkata peningkatan mendadak itu berikutan kesedaran orang ramai hasil program penerangan dan Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) yang dilaksanakan.

Katanya syarikat dalam talian yang berdaftar sehingga 31 Mac lepas berjumlah 32,902 dan peningkatan ketara berlaku sejak 2015 apabila lebih 6,000 syarikat baharu didaftarkan.

“Menerusi pendaftaran ini, sekurang-kurang wujud satu entiti sah untuk meyakinkan pelanggan, selain pemiliknya mudah membuat pinjaman dan diberi geran bantuan.

“Selain itu, pihak berkuasa juga mudah mengesan syarikat yang menipu,” kata Zahrah kepada pemberita selepas program ‘Kayuhan Kasih SSM-MAIPs bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail’ di Masjid Assobirin Kampung Gial di sini, Sabtu.

Tuanku Syed Faizuddin bersama 150 peserta termasuk agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkayuh sejauh 18 kilometer di Kampung Gial dan Kampung Banggul menemui golongan asnaf bagi menyampaikan sumbangan dan zakat.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Sabry Ahmad dan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh.

“Lebih 50 peratus perniagaan dalam talian adalah dalam bidang peruncitan dan pemborongan,” kata Zahrah sambil menambah Karnival ONE akan diadakan di Sabah pada 21 dan 22 Mei depan.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai menyemak dahulu kesahihan sesuatu syarikat dalam talian melalui ‘e-search SSM’ sebelum berurusan walaupun kes penipuan oleh syarikat dalam talian masih terkawal,” katanya.

Mengenai program itu, Zahrah berharap tanggungjawab sosial korporat (CSR) SSM itu dapat membantu golongan sasar menambah baik ekonomi mereka.

SSM mengagihkan zakat sebanyak RM57,000 kepada 45 penerima manakala Masjid Kampung Gial dan Masjid Nur Al Saadah Kampung Banggul masing-masing menerima RM15,000 sempena program itu. – BERNAMA

Tags: SSMsyarikat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Bagasi Berisi RM500,000

MPBP Batal Lesen Operasi Syarikat Edar Stoking Kalimah Allah

21/03/2024
0

Batu Pahat: Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd yang terpalit dengan kontroversi...

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd