• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GPMS P.Pinang Kutuk Ramasamy Gelar Dr. Zakir ‘Syaitan’

oleh Ahmad Albab
11/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang mengutuk sekerasnya-kerasnya kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof Dr. P.Ramasamy menggelar pendakwah antarabangsa Dr. Zakir Naik sebagai ‘syaitan dan penipu’.

Pengerusi Biro Agama GPMS Pulau Pinang, Azdy Mohd Arshad berkata sebagai seorang timbalan ketua menteri dan ahli akademik, Ramasamy sewajarnya mengambil pendekatan yang lebih berhemah dan bijaksana dalam mengeluarkan kenyataan serta pandangan dalam laman sosial Facebook.

“GPMS Pulau Pinang sangat kecewa dengan tindakan Ramasamy menghasut rakyat khususnya dalam kalangan kaum India beragama Hindu untuk memusuhi Dr. Zakir Naik yang secara tidak langsung tindakan ini juga membangkitkan kemarahan, kebencian dan permusuhan penganut agama lain ke atas agama Islam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Ramasamy sepatutnya tahu tindakan menyekat atau menghalang agama lain melaksanakan ajaran mereka adalah salah di sisi undang-undang.

“Ramasamy perlu lebih rasional dan bertanggungjawab dengan menyelidik terlebih dahulu latar belakang Zakir sebelum membuat tuduhan melulu dan tidak berasas,” katanya.

“Kami mencadangkan Ramasamy dapat melapangkan masa dan berlapang dada mendengar sendiri ceramah yang bakal disampaikan anak Dr. Zakir Naik iaitu Fariq Naik pada 15 April ini di Kompleks Masyarakat Pulau Pinang.

“Semoga dengan kehadiran beliau mampu mengubah persepsi negatif dan dakwaan bersifat emosional terhadap Dr. Zakir Naik dan Islam,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zakir Naik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hina Zakir Naik: K Senthivelu Akan Dipanggil Polis

06/01/2020
0

SEREMBAN - Polis akan memanggil Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), K Senthivelu bagi membantu siasatan susulan lima laporan yang diterima...

Soalan Peperiksaan Guna Nama Zakir Naik Tak Salah

06/01/2020
0

SHAH ALAM - Pihak yang mencetuskan kontroversi sehingga mewujudkan provokasi terhadap isu soalan Kursus Hubungan Etnik (UUW235) Universiti Malaysia Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd