• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga UniMAP Perlu Wujudkan Suasana Harmoni Dengan Majikan

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) supaya terus mewujudkan suasana harmoni dengan majikan agar usaha memacu kegemilangan universiti lebih lancar.

Baginda yang juga Canselor UniMAP bertitah, untuk merealisasikan cita-cita tersebut, majikan dan pekerja perlu saling memperkukuhkan aspek perhubungan kemanusiaan serta bertolak ansur ketika menghadapi sesuatu isu.

“Kekuatan kepimpinan dan kebijaksanaan tadbir urus di segenap peringkat berkait rapat dengan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi.

“Justeru, penyusunan organisasi dan penstrukturan yang menepati bidang tugas amat penting supaya prestasi dan operasi organisasi tidak terbantut,” titah Tuanku Syed Faizuddin pada majlis Anugerah Seri Gemilang (ASG) UniMAP 2015 di sini, malam Selasa.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro Canselor UniMAP.

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin dan pemangku Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah kemahiran pekerja perlu diberi penekanan lebih kerana sebagai ejen pelaksana, pekerja harus mempunyai sikap positif dan berinisiatif terhadap tugas yang diamanahkan.

Selain itu, setiap penjawat awam hendaklah mematuhi etika kerja seperti menepati masa, dedikasi dan meningkatkan kualiti produktiviti bagi mendapat keberkatan Allah SWT, titah baginda.

Baginda memuji pengurusan UniMAP walaupun baru mencecah usia 14 tahun tetapi cepat matang dan berjaya mencipta nama sebagai antara institusi pengajian tinggi yang cemerlang akademik, penyelidikan, perkhidmatan masyarakat, sukan dan kebudayaan.

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyampaikan Anugerah Penghargaan Khas kategori individu kepada Rektor Universitas Ubudiyah Aceh, Indonesia, Marniati M. Kes manakala kategori agensi diberikan kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP).

Baginda dan Raja Puan Muda juga berkenan bersama-sama melancarkan ‘Tabung Keikhlasan Yayasan UniMAP’ dan ‘Pameran UniMAP 14 Tahun’ di bawah pentadbiran Dr Kamarudin.

Tabung Keikhlasan UniMAP diwujudkan oleh Yayasan UniMAP bagi mengumpul sumbangan untuk digunakan membantu komuniti universiti itu yang menghadapi masalah kewangan seperti menampung kos pengajian, kehidupan di kampus, rawatan dan bencana. – BERNAMA

Tags: majikanUniMAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

08/02/2025
0

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 ketika sedang berbasikal di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd