• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Melecur Terkena Minyak Panas, Dapur Rumah Terbakar

oleh Ahmad Albab
14/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang suri rumah melecur akibat terkena minyak panas selepas dapur rumahnya terbakar ketika wanita itu sedang memasak di rumahnya di Mutiara Idaman, Solok Tengku, di sini malam tadi.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kebocoran pada tong gas memasak di rumah mangsa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Penguasa Bomba Kanan II D.Raman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.55 malam dan jentera pertama bersama tujuh pegawai serta anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian.

“Sebaik tiba, pihak bomba dapati bahagian dapur rumah berkenaan terbakar dengan api ketika itu sudah dipadamkan oleh suami mangsa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata anggota bomba kemudian terus mengambil tindakan memastikan api padam sepenuhnya dan tong gas bocor itu kemudian dipindahkan ke ruang terbuka.

Raman berkata mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu melecur kira-kira 30 peratus anggota badan selepas kepala, badan, tangan dan kakinya terkena minyak masak panas dan dia dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 30-an, berkata semasa kejadian, dia dan seorang anak lelakinya berada di ruang tamu manakala isterinya sedang memasak sebelum tiba-tiba terdengar jeritan isterinya.

“Saya terus pergi ke bahagian dapur dan nampak api di kawasan tempat isteri sedang memasak. Saya ambil air dan terus simbah untuk memadamkan kebakaran. Ketika itu isteri sedang menangis sambil memberitahu badannya melecur terkena minyak panas,” katanya.

Katanya isterinya masih dirawat di HPP dan dilaporkan dalam keadaan stabil. – BERNAMA

Tags: kebakaranRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd