• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Vida Bercadang Tukar Pemain Import Kelantan

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman merancang untuk bertemu Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa bagi membincangkan mengenai isu pengambilan pemain import baharu pasukan tersebut.

Menurut jutawan kosmetik itu pertemuan tersebut perlu disegerakan sekembalinya beliau dari London pada minggu depan untuk membincangkan jalan penyelesaian terbaik supaya KAFA tidak mengeluarkan perbelanjaan besar bagi membayar pampasan kepada pemain import yang bakal disingkirkan.

“Saya tidak sempat bertemu dengan Tan Sri (Annuar) minggu lalu kerana beliau sangat sibuk dengan tugasan bersama parti.

“Selepas melihat kepada isu yang boleh dianggap serius ini, maka saya mahu bertemu segera dengan beliau minggu depan,” katanya kepada mStar Online selepas selesai lawatan ke Stadium Santiago Bernabeu pada petang Selasa.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida memberitahu, beliau pernah dimaklumkan mana-mana pemain import yang gagal cemerlang boleh ditamatkan kontrak serta-merta dan diberikan bayaran pampasan tertentu.

“Tan Sri (Annuar) pernah keluarkan kenyataan seperti ini, jadi mungkin kita tidak perlu keluarkan belanja yang besar untuk bayaran pampasan kepada pemain tersebut.

“Saya kena duduk berbincang dengan Tan Sri dulu sebelum buat apa-apa keputusan. Saya rasa pemain import sedia ada pun maklum tentang perkara ini, jadi pasti ada jalan penyelesaian untuk kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Kelab Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.net), Mahizi Mahmood yang membuat conggakan kasar bahawa KAFA perlu membayar pampasan sebanyak RM1 juta kepada setiap pemain import sedia ada jika badan induk itu berhasrat membawa masuk pemain import baru.

Pada awal Februari lalu, Annuar menegaskan KAFA akan mengambil tindakan termasuk menamatkan kontrak pemain import yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang pada saingan Liga Malaysia musim ini.

Jelas Annuar, tindakan tegas itu berasaskan persetujuan bersama antara pemain dan KAFA sebelum mereka menandatangani kontrak bermain dengan pasukan Kelantan.

“Jika enam bulan pertama mereka gagal bermain seperti yang diharapkan, KAFA boleh memberi notis satu bulan (tamat kontrak) dan membayar gaji dua bulan sahaja,” kata Annuar.

Difahamkan syarat perjanjian itu dilakukan kerana KAFA tidak mahu lagi peristiwa pahit sebelum ini berulang iaitu apabila menukar pemain import, mereka terpaksa membayar gaji kepada pemain terbabit untuk setahun.

Kelantan kini memiliki empat pemain import termasuk bekas penjaring terbanyak Liga Super 2015 Dramane Traore dari Mali selain Blazhe Ilijoski (Yugoslavia), Jonathan Mckain (Australia) dan Jonatan Lucca (Brazil).

Namun Vida tidak berpuas hati dengan prestasi pemain import Kelantan selepas mengharungi lima perlawanan liga selain tersingkir awal dalam saingan Piala FA apabila tewas kepada Kedah.

Justeru sempena kunjungan ke Madrid sejak Isnin lalu, Vida berkata beliau sedang mengintai khidmat pemain Sepanyol dan Argentina yang beraksi dalam saingan La Liga untuk memperkuat Kelantan menjelang pembukaan pintu perpindahan pemain Jun ini. – mStar Online

Tags: Datuk Seri VidaPQPTRW
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jabatan Pertanian Mulakan Kempen Hapus Kumbang Merah Palma

Next Post

Kerjasama PAS, Ikatan Tidak Relevan! – PAN

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

Next Post

Kerjasama PAS, Ikatan Tidak Relevan! - PAN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd