• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Jem, Pemandu Teksi Protes Uber, Grabcar Depan Pavilion

oleh Ahmad Albab
31/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laluan sekitar Jalan Bukit Bintang, khususnya di hadapan pusat beli-belah Pavilion hari ini terpaksa ditutup hampir dua jam oleh pihak polis ekoran tindakan sekumpulan pemandu teksi yang membuat protes membantah perkhidmatan teksi persendirian Uber dan Grabcar.

Kira-kira 300 pemandu teksi berkumpul di kawasan itu bermula 10 pagi dengan meletakkan teksi-teksi mereka di bahu-bahu jalan, sekali gus menghalang laluan utama dan menyebabkan kesesakan trafik yang teruk di kawasan terbabit.

Seorang pemandu teksi, Kamarudin Mohd Hussain berkata demonstrasi itu sebagai tanda protes terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang gagal mengekang aktiviti pemandu GrabCar dan Uber yang dilihat semakin berleluasa.

“Kami bukan nak demo saja-saja, kami buat ini sebab kami sudah terseksa sebab pemandu Uber dan GrabCar telah mengacau periuk nasi kami.

“Sedangkan mereka tidak ada lesen, tapi SPAD nampaknya macam tutup mata, kami nak makan apa?,” katanya dengan nada yang tegas kepada Bernama, di sini hari ini.

Kekecohan yang berlaku bukan sahaja menarik perhatian orang ramai yang melalui Jalan Bukit Bintang tetapi turut menjejaskan kedai-kedai makan berhampiran yang kelihatan lengang ekoran pelanggan tidak berani berada di sekitar kawasan terbabit.

Sekitar 11 pagi, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji memberi amaran kepada semua pemandu teksi agar beredar dalam tempoh 15 minit, namun kebanyakannya masih tidak berganjak, menyebabkan polis mengarah anggotanya untuk menahan pemandu yang ingkar.

Susulan tindakan itu, lima pemandu ingkar ditahan dan akan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Kira-kira 12 tengah hari, keadaan lalu lintas di kawasan itu kembali lancar seperti biasa. – BERNAMA

Tags: pemandu teksiprotes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

02/01/2026
0

TEHERAN - Penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan terus bertempur di beberapa bandar di Iran pada Khamis selepas protes membantah kos...

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

05/08/2024
0

Seremban : Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) kini semakin membimbangkan dan ada yang berubah kepada bentuk keganasan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd