• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuntutan Palsu RM38.4j, Pegawai Kanan KBS Mengaku Tak Bersalah

oleh Ahmad Albab
31/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta, empat tahun lepas.

Otman Arsahd, 57, membuat pengakuan itu selepas semua tuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat Majlis Sukan Negara (MSN), Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, di sini, antara 28 Feb 2012 hingga 18 Nov 2015.

Bagi 15 tuduhan menyalahgunakan kedudukan, Otman didakwa mengarahkan Ketua Pengarah MSN untuk membuat bayaran kepada syarikat Dial Ex Sdn Bhd., milik dua anaknya, berjumlah RM2,161,000 bagi pelbagai program kementerian antaranya program Futsal 2012 dan program sampingan Formula One (F1) 2013.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Bagi 17 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu, Otman didakwa memberikan surat pembayaran melalui akaun kementerian kepada Pengarah Bahagian Kewangan MSN, Abdul Rashid Yaakub, untuk bayaran pelbagai program kementerian kepada tiga syarikat milik rakannya berjumlah RM36,310,400.

Dia didakwa mengikut Seksyen 18 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Amir Nasruddin menawarkan jaminan RM1 juta bagi semua pertuduhan itu.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Farid Abdul Aziz, mewakili Otman, memohon jaminan dikurangkan atas alasan kesemua akaun bank anak guamnya telah dibekukan dan tertuduh tiada sumber pendapatan lain kecuali dengan bantuan anggota keluarga dan rakan.

“Tertuduh mampu menyediakan RM100,000 dan tiga geran tanah untuk dijadikan jaminan,” katanya.

Hakim Allaudeen membenarkan Otman diikat jamin RM250,000 dengan dua penjamin berserta cagaran geran tanah seluas 1.099 hektar, selain pasport diserahkan kepada mahkamah.

Otman kemudian membayar jaminan tersebut.

Mahkamah menetapkan 21 April ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh merupakan antara sembilan individu yang disiasat oleh SPRM berhubung sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai RM107 juta. – BERNAMA

Tags: Tuntutan Palsu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PDRM Kenal Pasti Dalang Seludup Dadah Ke Malaysia

Next Post

Aceh Terima Kunjungan Leonardo DiCaprio, Lihat Orang Utan

Related Posts

Datuk Seri Antara 4 Individu Kemuka Tuntutan Palsu Bernilai RM360 Juta Ditahan SPRM

Datuk Seri Antara 4 Individu Kemuka Tuntutan Palsu Bernilai RM360 Juta Ditahan SPRM

29/04/2025
0

Kuala Lumpur: Empat individu termasuk seorang bergelar datuk seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi...

Suami Isteri Didakwa Buat Tuntutan Palsu Lebih RM650,000 Kepada SESB

Suami Isteri Didakwa Buat Tuntutan Palsu Lebih RM650,000 Kepada SESB

17/10/2024
0

TAWAU: Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini atas 15 pertuduhan mengemukakan dokumen tuntutan...

Next Post

Aceh Terima Kunjungan Leonardo DiCaprio, Lihat Orang Utan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd