• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPPA Tingkat Akses Pasaran Bank Malaysia, Kata Ram Ratings

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Terkini
6
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka dapat meningkatkan akses pasaran global bagi bank-bank Malaysia dalam jangka panjang, kata Ram Ratings.

Pakar Penarafan Institusi Kewangan Joanne Kek berkata semakin banyak aliran perdagangan yang lebih besar antara negara-negara anggota TPP akan menyebabkan permintaan terhadap perkhidmatan pembiayaan perdagangan seperti surat kredit atau jaminan dan produk perlindungan nilai.

Ini akan menyediakan ruang bagi bank-bank Malaysia mengembangkan asas pelanggan mereka serta memperluaskan kepentingan dan pendapatan berasaskan fi mereka.

“Kami melihat peluang strategik bagi bank-bank Malaysia yang muncul daripada TPPA.

“Bagaimanapun, mungkin sebahagian besar perkara ini akan menjadi kenyataan dalam jangka panjang, memandangkan landskap domestik semasa yang mencabar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Malaysia dan 11 negara lain telah menandatangani TPPA pada 4 Februari yang juga merangkumi perkhidmatan kewangan dan dijangka berkuat kuasa pada 2018.

Kek berkata Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan keupayaan untuk menguatkuasakan langkah-langkah berhemat yang kritikal untuk sistem integriti kewangan domestik dalam era pasca TPPA.

Beliau berkata langkah-langkah yang merupakan asas kepada struktur dan rancangan pembangunan pasaran kewangan Malaysia, seperti, syarat-syarat pelesenan dan kelulusan, keperluan pegangan saham serta pembangunan institusi kewangan telah dikekalkan di bawah TPPA.

Sementara itu, peruntukan untuk ketelusan peraturan, di mana negara anggota bersetuju untuk mengumumkan apa-apa peraturan perbankan yang dicadangkan dan membenarkan komen di atas dokumen yang diterbitkan, akan bersandarkan amalan pasaran sedia ada BNM dan memberi manfaat kepada peserta pasaran secara keseluruhan.

Kek berkata kesan persaingan baru diagihkan kepada bank-bank berasal dari negara-negara anggota TPP mungkin akan dikurangkan, memandangkan sistem perbankan Malaysia memang berdaya saing.

“Kita boleh melihat bank-bank asing yang diperbadankan di Malaysia dari negara-negara TPP mendapat manfaat daripada keupayaan cawangan tambahan.

“Bagaimanapun, ini masih lagi dalam peraturan,” katanya. – BERNAMA

Tags: TPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd