• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TLDM Susun Semula Armadanya Supaya Lebih Kos Efektif

oleh Ahmad Albab
11/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menyusun semula armadanya dengan mewujudkan hanya lima kelas kapal supaya lebih kos efektif untuk diselenggara dan diuruskan.

Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata lima kelas kapal itu meliputi kapal tempur pesisir pantai (LCS); kapal peronda generasi baharu (NGPV); kapal tugas khas pesisir pantai (LMS); kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) dan kapal selam.

Beliau berkata pada masa ini, TLDM mempunyai sebanyak 15 kelas kapal yang dibina di tujuh negara berlainan iaitu United Kingdom; Jerman; Itali; Perancis; Sweden; Korea Selatan dan buatan tempatan.

“Kapal-kapal yang kita ada ini adalah kapal lama dan berusia, secara tidak langsung ia sangat sukar diurus dan memerlukan peruntukan yang tinggi.

“Jadi dengan berfikir di luar kebiasaan, kita lihat ada peluang untuk kita kurangkan kelas-kelas kapal kepada lima tetapi kita akan tambah kapal-kapal dalam kategori kelas ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat kepada pegawai TLDM serta pegawai kehormat Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) di sini, hari ini.

Ahmad Kamarulzaman berkata aset TLDM sedia ada telah menjangkau purata usia 32 tahun.

Justeru, beliau berkata usaha menerusi Program Transformasi 15-kepada-5 Armada TLDM itu turut akan memberi tumpuan dalam pembinaan kapal buatan tempatan bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap kepakaran negara luar.

Katanya inisiatif baharu yang mentransformasikan pengurusan aset itu mampu meningkatkan kesejahteraan warga TLDM dan memperkasakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada komuniti. – BERNAMA

Tags: TLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd