• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Ahmad Said Didorong Pihak Tertentu

oleh Ahmad Albab
10/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadapnya sebagai Menteri Besar Terengganu, dibuat atas dorongan pihak tertentu.

“Saya telah diingatkan supaya berhati-hati dan akan ada gerakan luar yang mahu menjatuhkan saya.

“Saya mendapat maklumat tersebut dari Kuala Lumpur,” kata Ahmad Razif ketika berucap pada majlis perjumpaan khas Barisan Nasional (BN), Veteran UMNO dan Mubarak Terengganu di sini, malam ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang kecoh semalam, berikutan cadangan usul undi tidak percaya itu, bagaimanapun berjalan lancar hari ini.

Malah, Adun Kijal yang mengemukakan cadangan itu tidak langsung kelihatan sehingga selesai sesi penggulungan titah ucapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan DUN ke-13 itu.

Ahmad Razif dalam ucapannya berkata agendanya kini adalah untuk memastikan BN Terengganu terus kuat dan mencipta sebanyak mungkin kejayaan agar BN mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

“Apa berlaku kepada saya sekarang tidak penting, jika ditakdirkan saya terpaksa berkorban, saya rela demi memastikan UMNO dan BN terus kekal berkuasa pada PRU-14 nanti,” katanya.

Ahmad Razif menyifatkan tindakan Ahmad itu sebagai satu hikmah kerana beliau kini dapat mengetahui siapa musuh daripada dalam yang cuba menjatuhkan BN di Terengganu.

Sementara itu, Biro Penerangan Persatuan Siswazah Terengganu (PERSIST) dalam
satu kenyataan, berharap semua pihak perlu berlapang dada, memberi ruang dan peluang serta bersama-sama Ahmad Razif membangunkan Terengganu.

“Pemimpin yang baik memimpin masyarakat ke arah penyatuan, dan bukanlah perpecahan. Mari kita semua, bawa negeri kita agar mampu menjadi negeri terhebat, terbaik dan natijah untuk ini adalah rakyat yang mendapat impak positifnya,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul RahmanAhmad Said
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Dakwa Ahmad Said Fitnah Abdul Hadi Mandi Bogel

PAS Dakwa Ahmad Said Fitnah Abdul Hadi Mandi Bogel

25/11/2023
0

PRK KEMAMAN | PAS Terengganu mendakwa Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said menjalankan kempen jahat dan jijik dengan memfitnah Presiden PAS...

Anak Bekas MB Terengganu Persis Artis K-Pop

20/08/2019
0

SEKALI imbas ingatkan penyanyi K-Pop G-Dragon, rupa-rupanya penyanyi baharu ini adalah anak jati Terengganu yang dikenali sebagai Cash Farhan. Muhamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd