Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin, Jemaah Menteri Letak...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri,...

Royalti Minyak Antara 4...

KUALA LUMPUR - Dewan Negara hari ini dimaklumkan 17 daripada 21 perkara yang...

40,000 Guru Bahasa Inggeris...

BESUT - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempunyai 40,000 guru layak mengajar Bahasa...

Kapal Dagang Berkait Israel...

NEW DELHI : Sebuah kapal dagang yang dikatakan berkait Israel, mengalami serangan dron...

Terkilan Dituduh Menang Trofi Gara-Gara Jadi Duta Penaja

BAWA pulang trofi bagi kategori Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP (Siapa Diriku), Drama MeleTOP (M.A.I.D), Pelakon MeleTOP dan Artis Top Top MeleTOP Wanita, Ayda merasakan kemenangannya adalah hasil usaha peminat yang mengundi.

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat menyifatkan bahawa kemenangan yang diperoleh pada malam Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) adalah gara-gara beliau merupakan duta bagi penaja acara tersebut adalah tidak relevan.

Kata Ayda, kemenangan yang diperoleh tiada kena mengena dengan beliau sebagai duta produk kecantikan Aurawhite yang juga merupakan penaja terbesar bagi majlis gilang gemilang itu.

“Saya tahu ramai yang komen negatif di laman sosial yang menganggap saya tidak patut menang, saya juga tidak ada kuasa untuk mengatakan ia bukan hak saya atau orang lain.

“Saya ambil komen mereka daripada sudut positif dan buktikan lagi kemampuan saya untuk menyangkal tuduhan negatif itu” ujarnya.


Tambahnya lagi kepada sebuah portal hiburan, adalah tidak adil untuk menghukum beliau sedemikian rupa. Sememangnya kemenangan yang dikecapi olehnya pada malam itu adalah usaha para peminatnya yang telah berusaha untuk mengundi beliau.

Menurut portal itu lagi, Ayda tidak akan sesekali meletakkan harga yang tinggi atau demand kepada mana-mana penganjur yang ingin mengundangnya bagi menyerikan sesebuah majlis setelah merangkul banyak anugerah pada malam itu.

Jelas Ayda, kemenangan yang dikecapi dan pengiktirafan yang diberi membuatkan beliau akan lebih berusaha untuk memperbaiki mutu lakonan mahupun nyanyian. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ORm14ffwyic]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori