Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Hospital Sibu Rayu Bantuan...

SIBU - Hospital Sibu merayu untuk mendapat bantuan darah berikutan simpanan darahnya tidak...

Video: Syahdu, Hilang 3...

SAMBUTAN Hari Bapa yang disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun pada saban...

Virus Misteri Muncul Di...

BRASILIA - Virus misteri baharu dari asal-usul yang tidak diketahui yang muncul dari...

Polis Tak Tutup Kes...

IPOH - Polis Perak menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kes melibatkan Exco Kerajaan...

Lori Terbabas, Tepung Bertaburan Penuhi Jalan Raya

KOTA BELUD – Malang tidak berbau, sebuah lori membawa muatan bahan makanan terbabas di Jalan Kota Belud-Kota Kinabalu berhampiran Kampung Kelawat pagi tadi menyebabkan hampir 100 kenderaan terkandas.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10.45 pagi Rabu, ia dikatakan berpunca daripada sebuah lori barang membawa muatan sebelum hilang kawalan dan menyebabkan habis tepung bertaburan di atas jalan raya.

Tumpahan serbuk tepung itu dilaporkan membanjiri sepanjang kira-kira 150 meter di laluan tersebut sekali gus menyebabkan kesesakan teruk apabila pengguna jalan raya terpaksa memperlahankan kenderaan mereka.

Difahamkan, lori berkenaan dalam perjalanan ke arah Kota Belud dari ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu sebelum mengalami masalah brek ketika cuba menuruni selekoh tajam sehingga menyebabkannya hilang kawalan.

Menurut Rozlan Osman, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 11 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota telah bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu membersihkan tepung yang memenuhi jalan raya”.

Pihak bomba mengambil masa sejam lebih bagi membersihkan kawasan kejadian dengan menggunakan semburan air dan jentera bomba.


“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan lalu lintas kembali pulih seperti biasa,” ujar Rozlan kepada sebuah akhbar tempatan.

vico4444

Peristiwa ini jauh berbeza dengan suasana pesta melibatkan kejadian sebuah lori membawa muatan bahan minuman ringan jenama Vico yang terbabas di Kuala Selangor baru-baru ini.

Ini kerana orang ramai di Sabah sebaliknya tidak pula mengerumuni kawasan kejadian untuk mendapatkan bahan muatan yang berselerakan di atas lebuh raya. –MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori