Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Chong Wei Yakin Dapat...

BANGKOK - Datuk Lee Chong Wei yakin dia dapat membersihkan namanya selepas digantung...

Lelaki Ditahan Curi Sarang...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki dipercayai menceroboh dan mencuri sarang burung...

Harga Diesel Naik 3...

KAMPAR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek...

Rakyat S’pura Pakat Separuh...

SINGAPURA – Puluhan pelanggan sanggup bermalam dalam keadaan separuh bogel di luar sebuah...

Syarat Mizz Nina Jadi Hos Program, Solat Di Awal Waktu

PENYANYI Mizz Nina menyatakan keazamannya untuk segera mendirikan solat fardu sebaik sahaja masuk waktu.

Menurut isteri penyanyi Noh Salleh ini, dia kini berusaha untuk memperbaiki dirinya agar segera menunaikan rukun Islam kedua itu sebaik sahaja azan habis dilaungkan.

Itu merupakan syarat yang diletakkan pemilik nama penuh Shazrina Azman ini ketika menjalani proses rakaman TV sebagai hos program baharu berjudul Into Taqwa with Mizz Nina.

“Sepanjang menjalani proses rakaman terbitan stesen TV AlHijrah, saya tidak mahu ia mengganggu tuntutan saya untuk menunaikan solat fardu tepat pada waktunya.

mizz
Mizz Nina bersama suami, Noh Salleh ketika di majlis pengenalan rancangan Into Taqwa With Mizz Nina.

“Itulah keutamaan saya, InsyaAllah, saya akan lebih menyesuaikan diri,” ujarnya yang kini berusia 35 tahun dan sudah tidak lagi bergelar penyanyi selepas berhijrah beberapa tahun lalu.


Selain fokus mengacara program, Mizz Nina turut sibuk mengemudi perniagaan busana Muslimah miliknya, Medina yang kini semakin mendapat perhatian peminat-peminatnya. – MYNEWSHUB.CC

Baca: Mizz Nina Bakal Keluar Album Berkonsepkan Puisi

Juga: Mizz Nina Hos Rancangan Islamik Di TV AlHijrah

Lagi: Mizz Nina Tolak Tawaran Beri Ceramah Agama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori