• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suruhanjaya Penerbangan Majukan Industri Penerbangan

oleh Ahmad Albab
01/03/2016
dalam Terkini
12
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia untuk membawa industri penerbangan negara ke tahap lebih tinggi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata suruhanjaya itu, yang ditubuhkan mengikut Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, akan diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

“Ia akan mengawal selia perkara ekonomi berkaitan industri penerbangan awam dan memulakan operasinya hari ini (1 Mac).

“Suruhanjaya ini akan memainkan peranan penting bagi memelihara kelebihan daya saing Malaysia dalam sektor penerbangan di rantau ini,” katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Liow berkata sebagai sebuah badan pengawal selia bebas, suruhanjaya itu antara lain bertanggungjawab bagi pelesenan syarikat penerbangan, caj lapangan terbang, peruntukan laluan, penyelesaian pertikaian dan perlindungan pelanggan.

Suruhanjaya itu akan diterajui Jeneral (B) Tan Seri Abdullah Ahmad sebagai pengerusi eksekutifnya.

Anggota lain terdiri daripada Datuk Mah Weng Kai, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin, Datuk Seri Long See Wool, Datuk Fauziah Yaacob dan Dr Nungsari Ahmad Radhni.

“Di samping itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (Datuk Seri Saripuddin Kasim) dan Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) (Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff) pula menyandang jawatan sebagai anggota tetap suruhanjaya ini.

“Saya yakin, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia akan melakar kejayaan besar dalam meningkatkan standard penerbangan negara, serta dapat menangani cabaran sedia ada untuk membolehkan Malaysia meningkatkan pencapaiannya dalam sektor penerbangan, yang sejajar dengan hasrat kami untuk menjadi hab utama bagi industri berkenaan di rantau ini,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]g-8-bjc859s[/wpdevart_youtube]

Tags: Liow Tiong Lai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd