• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stesen ABC Sahkan Najib Terima Derma Kerabat Saudi

oleh
01/04/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Laporan dokumentari Four Corners terbitan stesen Australian Broadcasting Corporation (ABC) baru-baru ini mengesahkan kerabat Arab Saudi merupakan penderma dana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia sekali gus menjawab soalan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diwawancara stesen itu sendiri berhubung misteri wang didepositkan ke dalam akaun peribadi konon tidak diketahui asal sumbernya.

“Ini mengesahkan bahawa wang yang pernah dimasukkan itu memang adalah derma secara langsung daripada pihak keluarga diraja Arab Saudi,” kata seorang jurucakap kerajaan Malaysia yang dipetik agensi berita Bernama.

Jurucakap itu berkata sepucuk surat yang bocor daripada Arab Saudi menyatakan derma itu adalah hadiah kepada Najib kerana mempromosikan Islam aliran sederhana serta memerangi fahaman keganasan dan ekstremisme.

Ini termasuk inisiatif Perdana Menteri mencetuskan Gerakan Kesederhanaan Global pada 2010 sewaktu berucap dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York sebelum ia menjadi kenyataan pada 2012.

surat

“Surat rasmi berkenaan menyatakan dengan jelas bahawa pemberian tersebut boleh digunakan dengan cara yang difikirkan wajar oleh perdana menteri, akan dipindahkan secara terus atau melalui syarikat penderma.

“Malah tiada sebarang manfaat yang diharapkan semula oleh kerabat diraja Arab Saudi sebagai balasan atas sumbangan dermanya,” kata jurucakap kerajaan Malaysia itu lagi dalam kenyataan media pada Rabu.

ABC dalam program tersebut mendedahkan, pihak Kementerian Kewangan Arab Saudi mengesahkan putera negara tersebut pernah memindahkan dana berjumlah AS$681 juta kepada akaun peribadi Najib pada 2013.

Menurutnya, laporan Four Corners itu mengesahkan apa yang dinyatakan perdana menteri selama ini serta apa yang dirumuskan pelbagai pihak berkuasa setelah melakukan penyiasatan secara rapi dan menyeluruh.

“Penyiasatan secara rapi itu termasuk pemeriksaan forensik terhadap setiap pindahan kawat. Pihak berkuasa Malaysia juga malah sanggup pergi sendiri ke Arab Saudi untuk memeriksa langsung segala dokumen transaksi.

“Mereka turut mengadakan sesi temu bual dengan anggota kerabat diraja negara berkenaan serta para pegawai yang mentadbir urusan derma tersebut,” kata jurucakap kerajaan Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Istana Arab Saudi Sah Derma Kepada Najib Tun Razak

Juga: Dana RM2.6 Bilion – Tiba-Tiba Ada Takut Kritik Saudi

Lagi: Makin Biadap! DAP Hina Almarhum Raja Arab Saudi

Serta: Tun M Kisah Derma Gila Tok Arab Bodoh Kedekut

Dan: Tun Jadi Bodoh Hina Tok Arab Bodoh Derma RM2b

 

Tags: Arab SaudiAustralia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd