• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

22,000 Nama Anggota Daesh Termasuk Dari Malaysia Bocor!

oleh
11/03/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Puluhan ribu dokumen yang mengandungi nama, alamat, nombor telefon dan maklumat keluarga anggota yang menyertai kumpulan militan Daesh diserahkan kepada stesen berita terkenal Britain, Sky News.

Demikian menurut laporan stesen itu pada 9 Mac yang mengesahkan seorang bekas anggota Daesh menyerahkan dokumen rahsia tersebut kepada mereka yang sebelum ini disimpan dalam sebuah kad simpanan maklumat.

Ia dilaporkan telah dicuri daripada ketua kumpulan berkenaan. Dokumen tersebut adalah borang yang digunakan untuk merekrut anggota Daesh dan mengandungi maklumat tentang kerakyatan dari 51 negara termasuk Malaysia.

“Sky News sudahpun memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai perkara ini,” menurut catatan stesen berita itu menerusi laman mereka. Setakat ini tiada komen diberikan Kementerian Ehwal Dalam dan Luar Negeri Britain.

Sebahagian dokumen dilaporkan mengandungi maklumat tentang anggota yang sebelum ini tidak dikenali, dari bahagian utara benua Eropah, selain Amerika Syarikat dan Kanada serta rantau Utara Afrika dan Timur Tengah.

Ia diberi seorang bekas anggota Tentera Pembebasan Syria (FSA) dikenali Abu Hameed yang berjaya menyusup masuk ke dalam Daesh dan setiap dokumen mengandungi 23 soalan perlu diisi sebelum ahli baharu direkrut.

sky3

“Ini mungkin satu penemuan yang besar,” kata Chris Phillips, pengarah pengurusan firma perundingcara antipengganas, di Pejabat Perlindungan dan Keselamatan Antarabangsa di sini memberitahu agensi berita AFP.

Pengarah urusan firma keselamatan dan risiko antarabangsa Global Stat, Olivier Guitta berkata, kebocoran data tersebut satu peningkatan dalam khidmat keselamatan dan menandakan ada perbalahan dalam kumpulan itu.

Beliau memberitahu AFP: “Seperti mana-mana pertubuhan antarabangsa lain, mesti akan ada perebutan kuasa dan dalam jangka masa panjang ini berkemungkinan mula memecah belahkan lapisan kepimpinan Daesh.”

Sebelum ini terdapat kebocoran maklumat daripada Daesh, yang mendedahkan bahawa kumpulan pelampau itu sebagai begitu birokratik, dengan undang-undang syariah ketat merangkumi segenap aspek kehidupan peribadi.

Namun jika maklumat semua anggotanya itu sahih dan lengkap, ia merupakan laporan kebocoran rahsia paling besar dalam sejarah berkaitan kumpulan pengganas Daesh setakat ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Pengganas Daesh Cuma Takut Satu Negara Ini…

Juga: Hamas Palestin Tidak Pernah Pun Iktiraf Daesh

Lagi: NGO Pulih Faraj Ribuan Bekas Hamba Seks Daesh

Dan: Hairan Militan Daesh Suka Sangat Toyota Hilux

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd