• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Khas Kastam Bantu Licinkan Operasi Banteras Penyudupan

oleh Ahmad Albab
22/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Skuad khas yang ditubuhkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bermula awal tahun ini dilihat berupaya melicinkan operasi penguatkuasaan yang dijalankan jabatan terbabit serta melindungi pegawai dan anggota yang terlibat dalam operasi.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili berkata, dalam menjalankan tugas penguatkuasaan, pegawai dan anggota JKDM seringkali berdepan dengan ancaman sama ada secara fizikal mahupun lisan.

“Dari segi verbal (lisan), ada yang menerima ancaman akan dicederakan dan ancaman bunuh manakala dari segi fizikal pula, ada kes kenderaan penguatkuasa dirempuh dan rumah dibaling bom molotov koktel.

Sebab itu, jabatan mengambil inisiatif menubuhkan skuad khas bertujuan melindungi mereka yang bertugas dalam operasi supaya tugasan mereka boleh dibuat dengan licin tanpa gangguan dari pihak tersebut (yang membuat ancaman),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Operasi Pacak peringkat negeri Kedah, di sini, Selasa.

Matrang berkata, skuad khas yang kini hanya berpusat di Lembah Klang itu akan diperluas ke negeri lain termasuklah Kedah.

“Setiap negeri akan ada 20 anggota untuk skuad ini dan jika serbuan atau tindakan pengawasan terhadap sesuatu tempat, pegawai akan dilindungi skuad ini.

Ini langkah keselamatan yang kita ambil untuk menjaga pegawai dari ancaman tonto dan penyeludup, mereka terlatih termasuklah dari segi penggunaan senjata api,” katanya.

Sementara itu, Matrang berkata, tindakan yang lebih tegas akan diambil melalui Operasi Pacak kali ini, khususnya berkaitan rokok seludup/kontraban dan minuman keras yang mana semua agensi terlibat akan mengambil tindakan undang-undang mengikut bidang kuasa masing-masing.

“Antara yang terlibat, KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jabatan kesihatan dan polis.

“Mana-mana pihak yang disabit bersalah akan dibatalkan lesen perniagaan. Bagi peruncit warga asing yang menjual, mengedar dan memiliki rokok tidak sah atau minuman keras boleh didakwa di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti -penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, manakala pemilik premis yang menyewakan premis kepada warga asing, juga boleh didakwa bersubahat,” katanya.

Operasi selama 11 hari bermula hari ini, akan berpusat di Sungai Petani, yang merupakan lokasi panas dan berakhir 2 April depan.

Dalam pada itu, Matrang berkata, bagi tempoh sehingga 26 Januari tahun ini, sejumlah 70.3 juta batang rokok yang dianggarkan bernilai RM7.7 juta dan minuman keras sebanyak 295,137 liter yang dianggarkan bernilai RM1.7 juta berjaya dirampas jabatan itu. – BERNAMA

Tags: Kastamseludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd