• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Dr. Mahathir Kerana Mahu Mukhriz Jadi PM

oleh Ahmad Albab
07/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Motif serangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerana mahukan anaknya Datuk Seri Mukhriz menjadi perdana menteri, dakwa anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata sebab itulah bekas perdana menteri berkenaan tidak menyebut siapa pengganti, jika Najib meletakkan jawatan.

Beliau berkata Dr. Mahathir terlalu taksub dengan agenda Mukhriz menjadi perdana menteri sehingga sanggup melempar fitnah terhadap Najib dan duduk semeja dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Mohd Puad turut mengingatkan Mukhriz bahawa tidak ada jalan pintas untuk menjadi presiden UMNO dan perdana menteri.

“Ternyata Mukhriz dan Dr. Mahathir gagal faham bahawa UMNO akhirnya akan tolak pemimpin yang rakuskan takhta dan kuasa sehingga sanggup menjatuhkan presiden UMNO menggunakan musuh orang Melayu dan Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jumaat lepas, Dr. Mahathir, yang keluar daripada UMNO untuk kali kedua pada 29 Feb, mengetuai tindakan menandatangani apa yang dinamakan mereka deklarasi rakyat, menyokong penyingkiran Najib daripada jawatan perdana menteri. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadMukhriz Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd