• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Tutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celcius Lebih 72 Jam

oleh Ahmad Albab
18/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jawatankuasa khas mengenai cuaca panas hari ini mengeluarkan garis panduan tetap mengenai pelan tindakan menangani gelombang haba merangkumi tiga peringkat amaran yang berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia melibatkan semua pihak berkaitan termasuk tindakan oleh Kementerian Pendidikan untuk menutup sekolah di sesuatu kawasan jika suhu melebihi 37 darjah celcius selama lebih 72 jam, iaitu dalam amaran peringkat kedua.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa khas itu berkata ‘Kecemasan Gelombang Haba’ pula akan diisytihar di sesuatu kawasan jika suhu meningkat melebihi 40 darjah celcius selama atau lebih tujuh hari.

“Bagaimanapun, pelan tindakan bagi menghadapi situasi buruk seperti itu akan diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal melibatkan semua kementerian dan agensi terlibat pada Isnin depan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata pada amaran peringkat pertama, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengeluarkan amaran gelombang haba jika suhu sesuatu kawasan melebihi 37 darjah celcius selama 72 jam.

“Kementerian Pendidikan seterusnya boleh mengeluarkan arahan untuk menghentikan aktiviti pelajar di luar kelas seperti aktiviti kokurikulum, perhimpunan, perkhemahan dan sebagainya,” katanya.

Wan Junaidi berkata pada peringkat itu, nasihat akan turut dikeluarkan kepada orang ramai untuk mengehadkan aktiviti luar terutama bagi warga emas dan kanak-kanak, menghentikan segala aktiviti sukan di tempat terbuka, nasihat keselamatan pekerja dan nasihat berkaitan masalah strok haba.

Beliau berkata amaran peringkat kedua pula dikeluarkan jika suhu melebihi 37 darjah celcius selama lebih 72 jam dan peningkatan suhu berterusan yang merangkumi arahan penutupan sekolah.

“Pada peringkat ini, jawatankuasa khas akan bermesyurat untuk bincang tindakan kecemasan) bagi menangani cuaca panas melampau yang berpanjangan dan impak kepada pelbagai sektor,” katanya.

Wan Junaidi berkata ramalan Jabatan Meteorologi cuaca panas dan kering yang dialami akibat fenomena El-Nino ketika ini dijangka berakhir pada Mei atau Jun. – BERNAMA

Tags: SekolahWan Junaidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd