• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Diktator Sebab Tiada Siapa Tentang Saya’ – Tun M

oleh
31/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya bukan sahaja mengubah sejarah, malahan mengaku bahawa beliau adalah seorang diktator sepanjang perkhidmatannya selama 22 tahun.

Namun beliau segera menekankan bahawa tidak ada sesiapa pun menentangnya sebelum ini seperti yang mereka buat sekarang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menurut laporan MediaCorp Singapura.

“Dahulu, saya seorang diktator. Tetapi itu tidak mengapa. Tiada orang menentang saya, seperti apa yang kita lihat sekarang di bawah kepimpinan Najib, di mana beliau digesa meletakkan jawatan,” dakwa Mahathir pada 27 Mac.

Beliau mendedahkan perkara itu kepada wartawan dalam satu konvensyen pembangkang di sini sekali gus cetus tanda tanya rasional gelaran diktator diberikan bekas timbalannya, Anwar Ibrahim setelah dipecat pada 1998.

movement8

Umum maklum, mantan ketua pembangkang yang kini dihukum penjara atas kesalahan liwat selalu menghentam Mahathir yang sejak itu bukan sahaja sebagai diktator, malah firaun, mahazalim dan apa sahaja gelaran amat hina.

Kebencian keluarga Anwar bahkan terbukti apabila isterinya, Wan Azizah Wan Ismail; kini Ketua Pembangkang di Parlimen, dan anaknya, Nurul Izzah tidak hadir tiga program pembangkang disertai oleh Mahathir baru-baru ini.

Bermula majlis pengumuman Deklarasi Rakyat di ibu negara pada 4 Mac, disusuli Konvensyen Rakyat di sini pada Ahad dan terbaharu himpunan di Pandan pada Isnin, Mahathir dilihat ‘syok sendiri’ hanya kerana benci Najib.

f7bdd55279ef628a00b469c2d5dfea77

Lebih memalukan Mahathir apabila Wan Azizah pada 7 Mac lalu mendedahkan negarawan itulah yang kini lebih memerlukan dan bukannya mereka memerlukan sangat ‘aura’ Mahathir dalam kempen menggulingkan Najib.

Mahathir memimpin Malaysia dari 1981 hingga 2003, menjadikannya perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini selain menyaksikan tiga timbalannya pernah disingkirkan sama ada secara terhormat atau cukup aib.

Portal Free Malaysia Today melaporkan, menurut Mahathir, keputusan untuk melantik seorang perdana menteri baharu bukan bergantung kepada gerakan Selamatkan Malaysia anjuran beliau dengan pihak pembangkang.

Sebaliknya yang menjadi tumpuan adalah untuk menyingkirkan Najib daripada jawatan perdana menteri. Lazimnya parti yang raih jumlah kerusi paling banyak di Parlimen mempunyai kuasa melantik perdana menteri.

TUNM_SELAMATKANMALAYSIA5

Mahathir menambah: “Itu tidak bermakna naib presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menyandang jawatan perdana menteri seterusnya, setelah Najib disingkirkan.”

Sebelum ini, Mahathir berkata Najib adalah ‘penghambat’ yang perlu dihapus jika Malaysia mahu perubahan perlembagaan, konon perdana menteri sekarang menggunakan kuasanya untuk menghambat sebarang siasatan.

Beliau menambah, ini termasuk siasatan kes 1Malaysia Development Berhad dan dana RM2.6 bilion yang disalurkan almarhum Raja Arab Saudi ke dalam akaun bank peribadi Najib. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: diktator
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Baju T Diktator Jadi Duit Di Vietnam

23/02/2019
0

HANOI - Ramai berpendapat, sehelai baju T memaparkan diktator paling terus di dunia biasanya sukar dijual. Bagaimanapun di Hanoi, semuanya...

Jual Harta Bekas Presiden, Bayar Hutang Negara

13/05/2018
0

GAMBIA menjual beberapa pesawat dan sejumlah kereta mewah dibeli bekas Presiden, Yahya Jammeh demi mengurangkan hutang kerajaan dibuat ketika tempoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd