• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saintis Temui ‘Achilles’ Titik Mati Kanser Sebagai Penawar

oleh
08/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Sekumpulan saintis di University College London di sini percaya mereka berjaya merungkai cara untuk memacu sistem kekebalan tubuh badan bagi membunuh sebarang penyakit kanser, lapor stesen tempatan BBC.

Penyelidik terbabit telah membangunkan satu cara untuk mencari penanda unik dalam ketumbuhan yang lazim dalam sains perubatan disebut sebagai  “Achilles heel” iaitu titik mati sasaran bagi menghapuskan penyakit itu.

“Achilles heel” asalnya merujuk kisah mitos Greek purba apabila dewa Achilles diramal nujum bakal mati ketika bayi menyebabkan ibunya, Thetis merawatnya anaknya itu di sungai Styx yang didakwa mempunyai kuasa sakti.

Ketika mandi, sebelah kaki Achilles tidak direndam Thetis dalam air ajaib tersebut kerana tidak disedarinya sendiri mengakibatkan hanya bahagian tumit dewa itu sahaja yang tiada memiliki kuasa kehebatan luar biasa.

Apabila dewasa, dewa Yunani itu dikatakan berjaya menang dalam banyak pertempuran sehinggalah ada seorang musuh berjaya memanah anak panah beracun tepat ke bahagian tumit tersebut menyebabkan Achilles rebah mati.

04M_Cancer Graphic

Kaedah rawatan secara peribadi ala “Achilles heel” itu dilaporkan menerusi jurnal penyelidikan terkenal Science, namun dikatakan agak mahal dari segi kos dan ia belum pun lagi diuji kaji pada mana-mana pesakit kanser.

Pakar yang melakukan kajian dibiayai Cancer Research UK itu bagaimanapun percaya penemuan baharu tersebut mungkin akan mencipta rawatan terkini pada tulang belakang pesakit yang akan diuji dalam masa dua tahun lagi.

Mereka percaya dengan menganalisis DNA, penyelidik mampu memajukan rawatan tersebut kerana selama ini saintis berjaya membangunkan sistem pertahanan badan untuk membunuh tumor tetapi sasarannya itu salah.

Masalah barah sejak kebelakangan ini ialah ia kini dihasilkan bukan daripada sel-sel seiras, sebaliknya sudah banyak bermutasi sekali gus mengelirukan genetik asal dan ketumbuhan boleh muncul pada situasi yang berbeza.

Dr. Marco Gerlinger dari Institute of Cancer Research berkata: “Ini adalah satu langkah penting dan menyebabkan kita berfikir mengenai kepelbagaian baka sebagai satu masalah yang membolehkan sesuatu barah baharu muncul.”

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: barahkanser
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd